Tutup

'Saya menang bertarung gusti lengan dengan Mahathir' - Rafidah Aziz

'Saya menang bertarung gusti lengan dengan Mahathir' - Rafidah Aziz
Rafidah Aziz kongsi detik yang tidak diketahui umum bersama mantan perdana menteri Tun Mahathir Mohamed. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz mendedahkan bahawa beliau pernah bertarung gusti lengan bersama mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamed.

Beliau berkongsi detik yang tidak diketahui umum dalam program bual bicara Astro AWANI, Obviously Harith Iskander, yang disiarkan pada malam Sabtu.

Rafidah berkata, kejadian itu berlaku apabila kedua-dua bercakap tentang kekuatan dan jantina ketika sedang minum petang di sebuah hotel di ibu kota. 


"Saya memberitahunya bahawa saya hampir menjadi juara gusti lengan pada tingkatan 6.
"Dia kata nak cuba ... tetapi jangan mencabar saya.

"Jadi kita gusti lengan dan dia kalah. Saya seorang wanita yang kuat. Tanya dia ... Itu pun jika dia ingatlah!"
Rafidah Aziz menjadi tetamu program bual bicara 'Obviously Harith Iskander'

Rafidah juga mendedahkan bahawa Mahathir seseorang yang suka berseronok.

"Sisi itu akan keluar apabila perlu," katanya.

Sementara itu, Rafidah berkata beliau akan berdiam diri jika tidak berpuas hati dengan bekas pemimpin itu.

“Anda tidak boleh marah beliau. Anda tidak boleh melakukan seperti itu kepada orang yang lebih tua. Jadi saya akan berdiam diri sahaja,” katanya.