Seorang mangsa yang terselamat dalam kejadian pemancing hilang dibawa arus deras di sungai dekat kem tentera, Sungai Buloh pada Isnin, menceritakan detik cemas beliau dan isteri terlepas genggaman sehingga wanita itu dihanyutkan air yang datang secara tiba-tiba.
"Saya sempat berpaut dengan isteri saya sebelum terlepas tangannya hingga dia dibawa arus," kata Mohd Rizal Mat Desa, 31, kepada Bernama mengenai apa yang menimpa Shilawati Zailan, 31.
Mohd Rizal yang tidak dapat menahan kesedihan, berkata beliau turut dihanyutkan arus deras namun sempat menyelamatkan diri dengan berpaut pada dahan sebatang pokok dalam insiden yang berlaku ketika hujan lebat petang tadi.
"Selepas itu, saya ternampak tangan isteri saya dan terus saya terjun semula ke sungai untuk menyelamatkannya namun tidak berjaya," katanya.
Mohd Rizal, yang bekerja sebagai pemandu lori, berkata beliau turut ternampak beberapa orang yang dibawa arus terkapai-kapai meminta pertolongan.
"Selain isteri saya, isteri kepada pakcik saya dipercayai turut hanyut dibawa arus," katanya.
Beliau berkata sebelum kejadian, beliau sempat menasihati isterinya agar tidak meneruskan niatnya memancing kerana berasa tidak sedap hati.
Mohd Rizal berkata dalam keadaan kelam kabut ketika dibawa arus, isterinya sempat mengucapkan sesuatu yang kini bermain di fikirannya.
"Saya sayang awak," itulah kata-kata terakhir Shilawati yang dikahwini sejak 10 tahun lepas dengan dikurniakan dua cahaya mata.
Dalam pada itu, suami kepada seorang lagi mangsa yang hilang, Jeleha Hashim, 53 tahun, berkata beliau hanya sempat melihat isterinya terkapai-kapai dibawa arus sebelum hilang daripada pandangan.
Kata Syamsul Azhar: "Pada awalnya, kami bertiga iaitu saya, isteri saya dan anak buah saya (Shilawati) tiba terlebih dulu untuk memancing sebelum Rizal sampai kira-kira 15 minit kemudian.
"Kami memancing di sini beramai-ramai dan semasa hujan, kami mula berkemas untuk pulang ke rumah," kata Syamsul.
Menurutnya lagi, air deras (kepala air) datang secara tiba-tiba dan beliau sempat berpaut pada tiang jambatan.
Syamsul, 32 tahun, yang menetap di PPR Seksyen 8, berkata beliau sememangnya bercadang untuk memancing pada hari ini.
Bekerja bersama Mohd Rizal sebagai kelindan lori, Syamsul mendakwa terdapat sekumpulan warga asing yang turut sama memancing di kawasan berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 19 2018
Anggota Bomba dan Penyelamat meneruskan operasi mencari dan menyelamat tiga lagi mangsa hilang dikhuatiri lemas sekitar Sungai Gasi pagi tadi. --fotoBERNAMA
Malaysia pantau kesan terhadap ekonomi
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri memantau rapat perkembangan ketegangan geopolitik di Asia Barat termasuk membabitkan Iran dan Israel susulan letupan di Isfahan hari ini.
Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata buat masa ini, pasaran saham masih berada dalam keadaan yang stabil.
Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata buat masa ini, pasaran saham masih berada dalam keadaan yang stabil.
Pelajar meninggal dunia ketika acara larian rentas desa
Seorang pelajar Tingkatan 2 meninggal dunia ketika menyertai acara larian merentas desa peringkat sekolah di Kuala Pilah, pada Jumaat.
Pemandu bas langgar 11 kenderaan direman
Pemandu bas yang merempuh 11 kenderaan di persimpangan lampu Isyarat Jalan Tan Swee Hoe-Jalan Kluang di Johor pada Khamis, direman empat hari sehingga Isnin.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin.
Konflik Israel-Iran: Wisma Putra pantau situasi di Timur Tengah
Susulan ketegangan yang berlaku di antara Israel dan Iran, Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata ia akan terus memantau situasi di Timur Tengah.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 19 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Izara Aishah pilih tawaran berlakon, hanya filem dan drama bersesuaian - “Jalan cerita sekarang, saya tak minat”
Pelakon Izara Aishah mendedahkan dia ada menerima beberapa tawaran untuk anak perempuan sulungnya iaitu Irisa Alaia yang kini berusia empat tahun.
Lapan aksi pramusim digunakan untuk uji sistem VAR - Stuart
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akan menggunakan lapan aksi pramusim bermula Isnin depan hingga 4 Mei ini untuk menguji sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Tumpuan Sabtu - 20 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Empat wakil negara mara ke separuh akhir kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia
Empat wakil negara berjaya melangkah ke separuh akhir Kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia Zon Asia yang berlangsung di Pusat Skuasy Jalan Duta hari ini.
Remaja OKU dihanyut banjir, tersangkut di pokok getah
Remaja terbabit berjaya diselamatkan selepas 22 minit operasi menyelamat dilakukan.
Penduduk bimbang runtuhan tebing sungai ancam nyawa
Penduduk di Sungai Kampung Kuau bimbang mendapan dan runtuhan tebing di belakang sebuah rumah sewa dua tingkat di kampung itu.
Kanak-kanak 6 tahun dihanyut arus ditemui selamat
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang dihanyutkan arus selepas terjatuh ke dalam longkang ditemui selamat di dalam kolam takungan air di Taman Sejati Indah, Sungai Petani.
Banjir: Penduduk gesa kerajaan buka penempatan baharu
Penduduk tidak mampu lagi menanggung kerugian ribuan ringgit serta risiko keselamatan dalam berdepan bencana banjir saban tahun.
Lelaki lemas ketika mandi-manda bersama rakan di Hulu Langat
Seorang lelaki ditemukan lemas selepas mandi-manda bersama lima rakannya di Kampung Sungai Semungkis, Hulu Langat dekat sini hari ini.
Nyaris lemas ketika hantar pesanan makanan
Keretanya itu hampir dibawa arus disebabkan oleh paras air Sungai Hacking di Otford yang meningkat.
Bomba selamatkan tiga pemancing terperangkap arus sungai deras
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membantu menyelamatkan tiga pemancing yang terperangkap di Sungai Pedu, hari ini.
Banjir Baling: Penduduk lega jambatan sementara siap sebelum Aidiladha
Pembinaan jambatan itu juga jelasnya akan memberi manfaat kepada hampir 3,000 penduduk di kawasan sekitar.
'Mak cik hanya ingat mati masa itu' - Warga emas cerita detik cemas berpaut pokok
Sebaik melihat air naik dengan cepat dan masuk ke dalam rumah, dia dan suami memanjat sebatang pokok rambutan berhampiran rumah mereka.
Lelaki dikhuatiri lemas ketika jala udang
Rakan mangsa cuba mengangkat mangsa ke atas, namun tidak berjaya kerana tali jala yang masih terikat di tangan mangsa.