NATIONAL
Saya sudah lunas bayaran kad kredit pada 2016 - Zahid Hamidi

Zahid dakwa tidak berniat untuk melakukan penyelewengan dan akui tatacara pembayaran berkenaan adalah tidak betul. FOTOAstro AWANI / Shahir Omar
Presiden UMNO dan bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau sudah melunaskan kesemua pembayaran kad kredit yang dibuat oleh Yayasan Akal Budi pada 2016.
Jelasnya, transaksi berkenaan adalah kesilapan yang dibuat seorang pegawai antara tahun 2014 hingga 2015.
Katanya, beliau tidak berniat untuk melakukan penyelewengan dan mengakui tatacara pembayaran berkenaan adalah tidak betul.
"Bagi saya apa yang penting, saya telah telus dengan SPRM saya telah melakukan kerjasama yang terbaik dan SPRM telah mengambil kenyataan saya dengan cukup profesional.
"..dan tidak ada penyelewengan dari segi wang yang dari yayasan kerana yayasan itu dikendalikan keluarga saya untuk hal hal yang berkaitan dengan amal jariah termasuk banyak masjid telah didirikan, maahad, tahfiz, pusat hafazan quran, rumah anak yatim dan surau-surau, serta beberapa aktiviti yang kebajikan termasuk menjagak kebajikan asnaf, dan orang fakir miskin," ujarnya lagi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami