awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes rasuah: 'Alhamdulillah, hari ini saya sihat...' - Bekas PTD
Bekas PAT hadapi empat pertuduhan, nekad bersihkan nama - Peguam
Cabaran Rachel pada ToC 2026 berakhir awal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Saya tabik kepada semua jururawat" - Tunku Azizah

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
12/05/2020
03:35 MYT
"Saya tabik kepada semua jururawat" - Tunku Azizah
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong seru kepada rakyat Malaysia supaya sama-sama memainkan peranan dalam membendung wabak COVID-19. - Foto Instagram ISTANA NEGARA
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan penghargaan kepada semua jururawat di negara ini di atas jasa dan sumbangan mereka kepada keselamatan dan kesihatan masyarakat.
Bersempena dengan sambutan Hari Jururawat Sedunia, baginda berdua menzahirkan sanjungan yang tinggi di atas perjuangan para jururawat yang sanggup berkorban dan bekerja keras sepanjang krisis COVID-19 yang melanda negara ini.
Menerusi hantaran di laman rasmi Instagram rasmi Istana Negara, Tunku Azizah bertitah, baginda menghormati komitmen dan dedikasi tinggi para jururawat dalam menjalankan tanggungjawab dan tugas merawat pesakit.
Lebih membuatkan baginda terharu ialah, kesediaan para petugas kesihatan di barisan hadapan ini yang mempertaruhkan nyawa mereka semata-mata untuk membantu merawat mangsa-mangsa COVID-19 terutamanya.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda menjalankan tugas dan amanah yang berat dengan penuh ikhlas yang berat ini.
"Saya berdoa kepada Allah SWT semoga Allah selamatkan semua jururawat-jururawat dan Allah yang balas jasa-jasa anda semua yang telah beri perkhidmatan yang ikhlas untuk rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan agama.
"Saya tabik kepada semua nurses-nurses yang menjalankan tugas yang begitu berat ini, tidak kira kesihatan mereka sendiri," titah Tunku Azizah dalam ucapan yang dimuat naik dalam ruangan IGTV Istana Negara pada Selasa.
View this post on Instagram
Selamat Hari Jururawat Sedunia Nurses: A Voice to Lead - Nursing the World to Health
A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara) on
May 11, 2020 at 6:57pm PDT
Sebelum mengakhiri ucapan, baginda turut menyeru kepada rakyat Malaysia agar sama-sama memainkan peranan dalam membendung wabak COVID-19 di negara kita.
View this post on Instagram
12 Mei 2020 - KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan Selamat Hari Jururawat Sedunia kepada semua jururawat di negara ini di atas jasa bakti dan sumbangan kepada keselamatan dan kesihatan masyarakat. Khidmat dan pengorbanan tanpa mengira masa dan penat lelah, yang diberikan oleh para jururawat sebagai benteng utama bersama petugas barisan hadapan yang lain di dalam usaha-usaha membendung penularan wabak Covid-19 amat dihargai oleh Seri Paduka Baginda Berdua. Seri Paduka Baginda Berdua amat menyanjung tinggi perjuangan para jururawat yang bekerja keras dengan semangat kental sepanjang krisis Covid-19 di negara ini merawat pesakit sambil berdepan dengan risiko jangkitan wabak ini yang boleh meragut nyawa. Seri Paduka Baginda amat menghargai komitmen dan dedikasi tinggi para jururawat dalam menjalankan tanggungjawab dan tugas merawat pesakit. Para jururawat adalah antara aset yang sangat penting bagi Kementerian Kesihatan dan negara. Syabas dan terima kasih di atas perkhidmatan kesihatan dan jasa khidmat kepada masyarakat. Anda semua wira dan wirawati kami! #agongkita #permaisurikita #jururawat #nurse #thankyou #appreciate #royal #malaysia #istananegara
A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara) on
May 11, 2020 at 7:17pm PDT
Topic Berkaitan
#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
#COVID-19
#Hari Jururawat Sedunia
#Malaysia
#rakyat Malaysia
#Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan