awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Remaja hilang di Machang ditemukan lemas - Bomba
Gempa bumi sederhana landa Selatan Sumatera, Indonesia
Amaran ribut petir, hujan lebat di lima negeri hingga 11 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya tak akan maafkan dia seumur hidup! - Ibu mangsa

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
30/08/2018
06:31 MYT
Saya tak akan maafkan dia seumur hidup! - Ibu mangsa
Saya tak akan maafkan dia seumur hidup!
Demikan nada tekilan diluahkan ibu kepada mangsa rogol, liwat dan cabul dalam kejadian yang berlaku di Pokok Sena, Kedah.
Kejadian tidak bertanggungjawab itu dilakukan oleh bapa saudara mangsa.
Mangsa yang berusia 9 tahun dan tidak bersekolah dipercayai diperlakukan seperti itu ketika sambutan Hari Raya Aidiladha lalu di rumah suspek.
Suspek yang mempelawa mangsa untuk mengambil makanan ringan di rumahnya kemudian bertindak menarik kanak-kanak itu ke dalam rumah untuk dirogol, diliwat dan dicabul.
"Saya tidak boleh terima apa yang dia (suspek) lakukan.
"Anak saya pula tidak kata apa-apa cuma dia (mangsa) tidak mahu tengok muka bapa saudaranya itu," katanya kepada Astro AWANI di sini.
Bagaimanapun kejadian itu hanya terbongkar apabila ibu mangsa membuat laporan polis pada 26 Ogos lalu di Balai Polis Pokok Sena selepas menyedari terdapat kesan kemerahan pada kemaluan kanak-kanak tersebut.
Mangsa yang masih trauma dengan kejadian tersebut kini menerima rawatan lanjut di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.
Sementara itu, menurut Ketua Polis Kota Setar, ACP Rozi Jidin, keadaan rumah yang dihuni 13 orang dari tiga keluarga mungkin menjadi sebab kepada perkara tersebut berlaku.
Beliau turut menegaskan suspek akan direman sehingga Isnin depan dan berdepan satu tuduhan dibawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Kesalahan Seksual Terhadap Kanak Kanak 2017.
Topic Berkaitan
#ACP Rozi Jidin
#cabul
#Ketua Polis Kota Setar
#liwat
#pokok sena
#rogol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan