Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menafikan kenyataan tentang mana-mana individu yang mempersoalkan isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan disaman serta 'duduk di bulan' jika tidak mampu membayar GST adalah daripadanya seperti yang tersebar di kebanyakan laman sosial, blog, portal dan sistem pesanan WhatsApp.

Tegasnya, tindakan menyebar kenyataan palsu itu merupakan "fitnah dan kerja bodoh" pihak yang terdesak untuk melihat kegagalan sistem cukai yang menguntungkan dalam tempoh jangka masa panjang itu.

"Ini satu fitnah dan kerja bodoh. Saya tidak pernah cakap dua perkara itu. Orang yang suka memfitnah ialah kumpulan bangkrap moral," katanya dalam catatan terbaharu di laman Twitternya awal pagi ini.


Sebelum ini sebuah portal menyiarkan kenyataan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad yang menyifatkan hanya bergurau dengan rakannya di media sosial apabila menyarankan mereka yang tidak setuju dengan GST supaya 'tinggal di bulan'.

Kata Nawawi, ia merupakan reaksi pertanyaan individu yang bertanya kepadanya mengenai perkara itu di akaun Facebook, mengguna lambang parti PAS, iaitu bulan, sebagai gambar profilnya.

Jawapan Nawawi mengundang kritikan warga media sosial yang tidak berpuas hati dengan reaksi ahli Parlimen UMNO itu, terutama penggunaan perkataan 'kurang sopan' dalam jawapannya itu.

Dalam pada itu kata Ahmad, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga sudah memberi jaminan kepadanya hasil GST akan dimaklum kegunaannya dan dikembalikan semula kepada rakyat.

"GST merupakan satu faedah jangka masa panjang," ujarnya.


Ahmad sebelum ini meluahkan rasa kecewanya apabila kebanyakan kenyataannya terutama mengenai GST diputarbelitkan oleh beberapa pihak.

Tegas Ahmad, walaupun kehidupannya sebagai seorang menteri banyak berubah selepas perlaksanaan GST ini apabila beliau semakin menjadi sasaran ditertawakan namun beliau sedar tanggungjawabnya untuk terus memberi penerangan kepada orang ramai mengenai kebaikan GST.

BACA: Ahmad Maslan kecewa banyak kenyataannya telah diputar belit

BACA:
Ahmad Maslan tidak bodoh - Mohammad Agus

BACA: Tabung Haji kena cukai 30 peratus daripada untung jual TRX - Peguam hartanah

Sementara itu pada Isnin, seorang peguam hartanah, Khairul Anuar Shaharudin berkata, kerajaan juga dilihat akan mengenakan GST kepada Tabung Haji (TH) daripada keseluruhan harga jualan semula tanah di projek Tun Razak Exchange (TRX) yang dibeli daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).'

BACA: Tabung Haji kena cukai 30 peratus daripada untung jual TRX - Peguam hartanah