awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Saya terkejut dengan pendedahan ini" - Najib Razak

Astro Awani
Astro Awani
08/01/2020
05:45 MYT
"Saya terkejut dengan pendedahan ini"  - Najib Razak
Najib Razak menjawab pertanyaan pemberita ketika ditemui pada waktu rehat perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui terkejut dengan rakaman audio dipercayai perbualan antara beliau dengan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan beberapa pegawai kanan kerajaan seperti yang didedahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu.
Sehubungan itu, Ahli Parlimen Pekan yang kini sedang menghadapi perbicaraan di mahkamah menegaskan, beliau akan mengkaji terlebih dahulu kandungan rakaman berkenaan serta merujuk kepada peguamnya.
"Ini tidak pernah dilakukan dalam negara ini. Masanya pula berlaku pada Pilihan Raya Kecil Kimanis.
"Saya akan bincang dengan peguam saya terlebih dahulu," kata Najib menjawab pertanyaan pemberita ketika ditemui pada waktu rehat perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Sedutan video rakaman wawancara itu turut dikongsi di akaun Facebook miliknya.
Ketika ditanya mengenai rakaman perbualan telefon tersebut, beliau mahu kaji dahulu tindakan undang-undang yang boleh dilakukan.
"Masa itu saya ketua kerajaan," katanya lagi.
Dalam kemaskini yang sama, beliau meminta orang ramai untuk memberinya sedikit masa untuk mendengar dan mengesahkan butiran yang disebutkan.
BACA: "Sayang, awak Perdana Menteri, lakukan sesuatu" - Dipercayai arahan Rosmah pada Najib BACA: SPRM dedahkan 9 rakaman audio 'mengejutkan' tentang dakwaan konspirasi
Topic Berkaitan
#1MDB
#Latheefa Koya
#Najib Razak
#Rosmah Mansor
#SPRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan