awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya tewas kerana ketidakadilan - Al Jufferi

Bernama
Bernama
27/08/2018
11:52 MYT
Saya tewas kerana ketidakadilan - Al Jufferi
Mohd Al Jufferi Jamari (kiri) ketika membuat jatuhan ke atas pesilat Indonesia, Komang Harik Adi Putra dalam pencak silat lelaki akhir kelas E pada Sukan Asia 2018 di Padepokan Pencak Silat. -Bernama
Jaguh pencak silat negara, Mohd Al Jufferi Jamari meraih pingat perak selepas tewas dalam aksi final saingan Kelas E Putra penuh kontroversi di Padepokan Pencak Silat Taman Mini Indonesia Indah di sini, hari ini.
Mohd Al Jufferi yang merupakan juara dunia 2016 dan pemenang pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) disahkan tewas kepada pesilat Indonesia, Komang Harik Adi Putra setelah menarik diri berbaki dua saat sebelum aksi tamat.
BACA: 'Kamu tetap pemenang di mata dan hati kami semua brother Al Jufferi' - Syed Saddiq
Tindakan itu dibuat Mohd Al Jufferi selepas mendakwa aksi final yang disaksikan ribuan penyokong tuan rumah telah dicemari keputusan berat sebelah oleh juri yang mengadili perlawanan akhir tersebut.
"Perlawanan itu saya yang menang. Ketidakadilan itu jelas berlaku dan saya tidak menyalahkan sesiapa meskipun pesilat (Komang) tetapi ia adalah masalah berpunca daripada juri.
"Ia adalah perlawanan yang tidak adil sebab itu saya keluar dari gelanggang. Sebagai Olahragawan Negara, saya kecewa dan tidak boleh menerima keputusan tersebut. Saya menghormati semua pihak tetapi saya tidak boleh nak hormat juri tersebut," katanya ketika ditemui media Malaysia selepas upacara penyampaian pingat di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata sekiranya sukan pencak silat ini terus dicemari dengan 'permainan' kotor, ia mungkin akan menutup peluang sukan itu untuk terus dipertandingkan pada edisi akan datang.
"Saya tahu China (tuan rumah Sukan Asia 2022) berminat untuk menyenaraikan sukan ini pada edisi akan datang dan tindakan (tidak adil) ini mungkin akan memberi kesan negatif. Saya menarik diri juga kerana ini mahu mereka (China) melihat sendiri bagaimana sukan pencak silat ini dimainkan," tambahnya.
Pada aksi final itu, Al Jufferi bermula dengan perlahan apabila ketinggalan 1-4 pada pusingan pertama, namun berjaya bangkit mendahului 3-2 di penghujung pusingan kedua.
Bagaimanapun, keputusan itu berubah dalam keadaan penuh kontroversi apabila setiap pukulan dan tendangan Al Jufferi tidak dikira beberapa juri sebaliknya markah diberikan kepada pesilat tuan rumah yang mengakibatkan beliau mengambil keputusan bertindak keluar daripada gelanggang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kelas E Putra
#Komang Harik Adi Putra
#Mohd Al Jufferi Jamari
#Padepokan Pencak Silat Taman Mini Indonesia Indah
#Sukan Asia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan