awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
25 mayat ditemukan dalam operasi SAR tanah runtuh di Bandung Barat
Polis terima lima laporan kanak-kanak dipukul di tadika, dua penjaga ditahan
Masters Indonesia: Tang Jie-Ee Wei curi tumpuan, martabat Bahasa Melayu dalam wawancara Bahasa Inggeris
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saya tidak belanja satu sen pun untuk majlis perkahwinan anak saya' - Zahid Hamidi

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
01/10/2015
06:19 MYT
'Saya tidak belanja satu sen pun untuk majlis perkahwinan anak saya' - Zahid Hamidi
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak membelanjakan satu sen pun untuk majlis perkahwinan anak lelakinya yang berlangsung di Jakarta pada bulan lepas.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak membelanjakan satu sen pun untuk majlis perkahwinan anak lelakinya yang berlangsung di Jakarta pada bulan lepas.
Beliau berkata sebaliknya, kos majlis itu ditanggung oleh besan Indonesianya, yang diadakan semasa lawatan rasmi Ahmad Zahidi ke negara itu.
“Lawatan saya pada tarikh 18 hingga 21 bulan lepas, adalah lawatan rasmi. Dan anak saya berkahwin dengan seorang gadis Indonesia di Kuala Lumpur sebelum itu. Besan saya adalah seorang ahli perniagaan Indonesia.
“Selepas mendapat tahu bahawa lawatan rasmi saya dijadualkan dari 18 hingga 21, beliau (besan saya) telah mengaturkan supaya majlis perkahwinan untuk anaknya diadakan pada 19 September.
“Saya tidak membelanjakan sesen pun wang dalam menganjurkan majlis perkahwinan. Kerana itu adalah sebelah perempuan. Saya tidak membelanjakan sesen pun wang untuk menteri dan tetamu dari Malaysia untuk menghadiri majlis perkahwinan itu.
“Saya tidak membelanjakan satu sen pun wang untuk melayan sesiapa kerana majlis tersebut bukan saya yang punya. Ia kepunyaan besan saya,” katanya semasa satu sidang media selepas melancarkan Majlis Sambutan Hari Pendaftaran Negara dan Hari Inovasi 2015 oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
Ahmad Zahidi berkata demikian sebagai reaksi kepada tindakan blogger Shahbudin Husin, yang mempersoalkan masa lawatannya ke Indonesia yang sama dengan majlis perkahwinan anaknya.
Beliau berkata Shahbudin Husin telah mengenalinya sejak tahun 1987 dan seharusnya berjumpa dengannya sekiranya hendakkan penjelasan mengenai perkara tersebut.
“Jangan bermain dengan kata-kata dengan mempersoalkan dan meminta saya untuk menjelaskan. Dia harus berjumpa dengan saya untuk penjelasan. Mengapa dia meminta saya menjelaskan kepada umum. Saya tidak menyalahgunakan dana awam.
“Saya berharap Tuhan akan menghukumnya apabila anak lelaki atau anak perempuannya berkahwin satu hari,” katanya.
Topic Berkaitan
#anak
#Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
#Jakarta
#perkahwinan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan