awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya tidak kesal dengan tindakan Sarawak - Nazri

Arief Subhan
Arief Subhan
12/06/2017
07:36 MYT
Saya tidak kesal dengan tindakan Sarawak - Nazri
NAZRI: "Saya tidak akan bertindak sebagai kebudak-budakan untuk menghukum Sarawak, malah saya mengalu-alukan." - Gambar fail
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz tidak kesal dengan tindakan Sarawak menarik wakilnya daripada Tourism Malaysia.
Tegas Nazri, keputusan Sarawak selari dengan tindakan Kementerian untuk menutup pejabat Tourism Malaysia setiap negeri Januari lalu.
"Saya tidak akan bertindak sebagai kebudak-budakan untuk menghukum Sarawak, malah saya mengalu-alukan dan saya berjanji akan terus berlaku adil kepada Sarawak," kata Nazri ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Pada masa yang sama katanya Sarawak akan tetap dipromosikan dalam setiap aktiviti Tourism Malaysia.
Januari lepas, kementerian mengumumkan penutupan pejabat Tourism Malaysia seluruh negara berkuat-kuasa serta merta.
Ia bagi mengelak pertindihan tugas promosi pelancongan yang dilakukan setiap negeri.
Kerajaan negeri Sarawak hari ini memutuskan untuk menarik balik penyertaan wakilnya dalam Lembaga Pelancongan Malaysia berkuatkuasa serta merta.
Kerajaan negeri berpendapat bahawa perwakilannya dalam Tourism Malaysia tidak perlu kerana ia menyamai peranan dan fungsi Lembaga Promosi Pelancongan Sarawak.
Topic Berkaitan
#Malaysia
#menteri
#Nazri Aziz
#pelancongan
#tourism
#Tourism Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan