Bekas pengarah pilihan raya Barisan Nasional (BN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan sebarang penglibatan olehnya terhadap penggunaan khidmat syarikat analisis data Cambridge Analytica oleh BN ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"Ini kali pertama saya dengar mengenai mereka (Cambridge Analytica). Saya tidak tahu apa-apa mengenainya," jawab Muhyiddin.
Sementara itu, Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad mengutuk keras penglibatan syarikat tersebut dalam mempengaruhi pengundi ketika pilihan raya.
"Kami tidak boleh menerima perkara ini kerana rakyat berhak diberi maklumat tepat dan tidak wajar diganggu pemikiran mereka dalam memilih parti yang akan mentadbir kerajaan," katanya.
Apabila ditanya sekiranya beliau sedar mengenai penglibatan Cambridge Analytica dalam membantu BN memenangi Kedah pada PRU13, Dr Mahathir berkata bahawa syarikat tersebut hanya berurusan dengan pimpinan pusat dan bukan pimpinan negeri.
Perhatian diberikan kepada Cambridge Analytica susulan sebuah laporan portal atas talian bahawa syarikat itu terlibat membantu BN memenangi semula Kedah daripada Pakatan Rakyat pada PRU 2013 melalui mesej kempen bersasaran yang menonjolkan penambahbaikan sekolah sejak 2008.
Syarikat tersebut dilaporkan telah mencetuskan kemarahan syarikat media sosial gergasi Facebook setelah gagal memadam data pengguna yang diperolehi daripada satu pembuat aplikasi ujian psikologi popular.
Cambridge Analytica dilaporkan memiliki pejabat di beberapa bandar besar di seluruh dunia termasuk di Kota Damansara.
Namun, ia menimbulkan tanda tanya selepas pemilik hartanah itu dilaporkan berkata pejabat berkenaan tidak wujud di alamat yang tersenarai dalam laman web berkenaan.
Hafiz Marzukhi
Tue Mar 20 2018
Muhyiddin menafikan sebarang penglibatan olehnya terhadap penggunaan khidmat syarikat analisis data Cambridge Analytica oleh BN ketika PRU13. - Astro AWANI/Fail
UMNO rai ulangtahun ke-78 penubuhannya hari ini
Parti UMNO, yang menyambut ulangtahun ke-78 hari ini, menganjurkan majlis solat hajat, bacaan yasin dan doa selamat, di Pusat Dagangan Dunia, WTC, malam ini.
PN belum bincang Muhyiddin calon PM - Pas
Isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada PRU16 selain mengekalkan Pengerusi PN itu masih belum dibangkitkan setakat ini.
Israel sifatkan keputusan UNGA memusnahkan piagam PBB
Duta Israel ke PBB Gilad Erdan sifatkan keputusan UNGA meluluskan resolusi UNSC mempertimbang dan menyokong keanggotaan penuh Palestin, sebagai keputusan memusnahkan piagam PBB.
50 orang maut dalam banjir di Afghanistan
Sekurang-kurangnya 50 orang maut, dan lebih 100 lagi cedera di Afghanistan akibat banjir susulan hujan lebat di wilayah utara Baghlan pada Jumaat.
jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Abdul Mateen Qaniee berkata, jumlah kematian mungkin akan meningkat.
jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Abdul Mateen Qaniee berkata, jumlah kematian mungkin akan meningkat.
PBB lulus resolusi majlis keselamatan pertimbang Palestin sebagai anggota penuh
Resolusi itu diluluskan dengan 143 negara mengundi menyokong, sembilan mengundi menentang dan 25 berkecuali.
Jangan nafi hak, bantuan kepada golongan isteri ditinggal suami tanpa cerai - KANITA
Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan Wanita dan Gender (KANITA) Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. Nor Hafizah Selamat berkata insiden ibu tunggal yang ditinggalkan oleh suami tanpa diceraikan dan dinafikan daripada menerima bantuan Kerajaan adalah membimbangkan. Jelasnya, golongan wanita ini perlu berdiri di atas kaki sendiri selepas dibiar tergantung tidak bertali tidak wajar diabaikan daripada menerima manfaat yang dikhususkan untuk golongan ibu tunggal.
Penstrukturan semula akaun ahli kwsp berkuatkuasa hari ini
Inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP kepada akaun persaraan, akaun sejahtera dan akaun fleksibel akan berkuatkuasa hari ini.
Patuh kepada pemimpin ikhtibar ziarah di Bukit Uhud
Jemaah haji Malaysia yang menyertai ziarah luar di beberaap lokasi di Madinah sebagaimana diuruskan Lembaga Tabung Haji (TH) dinasihat mengambil ikhtibar daripada aktiviti dijalankan selain mengelak daripada melakukan perkara yang boleh menimbulkan khurafat semasa menziarah.
Setiausaha Agung PBB desak gencatan senjata dikuatkuasa segera
Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres ulangi desakan supaya gencatan senjata di Semenanjung Gaza dikuatkuasakan segera.
Piala Sultan Azlan Shah: Jepun dan Pakistan kekal rekod tanpa kalah
Juara tiga kali Pakistan terselamat apabila seri 1-1 dengan pasukan di kedudukan ke-10 dunia, New Zealand.
PRK KKB: Bukan kali pertama BN berkempen untuk calon wakili Kerajaan Perpaduan - Zambry
BN dan PH pernah bersama dalam beberapa siri PRK sebelum ini termasuk Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di Johor dan terbaharu di DUN Kuala Kubu Baharu.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.