'Saya tidak tahu menahu tentang video 'intim' tular mirip Menteri' - Tun M

'Saya tidak tahu menahu tentang video 'intim' tular mirip Menteri' - Tun M
Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad pada sidang media selepas mempengerusi mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri Putrajaya. - Foto Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau tidak tahu menahu tentang sebuah video intim yang didakwa mengandungi aksi seks luar tabii membabitkan seorang Menteri Kabinet.

"Saya tidak tahu menahu tentang perkara ini, saya hanya mendengar mengenainya, saya perlu baca berhubung perkara itu,"
"Anda (pihak media) boleh terangkan kepada saya," kata Dr Mahathir dalam satu sidang media di sini, hari ini.


Hari ini, beberapa klip video yang didakwa membabitkan seorang Menteri Kabinet yang tular di sistem pesanan ringkas, WhatsApp.

Astro AWANI sedang mendapatkan komen dari ahli politik berkenaan.