Sebanyak 33,652 kes pelanggaran undang-undang direkodkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) melibatkan pelbagai jenis kenderaan sejak badan itu mula ditubuhkan pada tahun 2011 sehingga Ogos tahun ini.
Pengurus Besar Kanan Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad berkata antara kesalahan paling tinggi dicatatkan melibatkan lori iaitu sebanyak 12,710 serta teksi 10,547 kes.
"Bagi lori kesalahan keselamatan, lebih muatan serta tayar botak paling banyak dikesan yang mana hampir 5,000 kes membabitkan kesalahan keselamatan diikuti terlebih muatan 2,807 kes.
"Bagi teksi pula kesalahan yang banyak dikenakan tindakan seperti tiada permit serta beroperasi tidak menggunakan meter," katanya kepada pemberita selepas Program Latihan Peningkatan Imej Dan Profil (IMPRO), di sini, hari ini.
Menurutnya bagi teksi, lazimnya kes tertinggi direkodkan di sekitar Bandar besar seperti Kuala Lumpur dan lain-lain.
Beliau berkata daripada kesemua jumlah kes tersebut, sebanyak 98 peratus kertas siasatan telah disiapkan manakala bakinya masih dalam proses.
"Sebanyak 60 peratus daripada kes tersebut telah selesai, ada yang dikenakan kompaun dan ada juga yang telah dituduh di mahkamah," katanya.
Sementara itu, Che Hasni berkata pihaknya juga komited untuk meningkatkan imej anggota dan pegawai SPAD menerusi program IMPRO yang mula dilaksanakan pada tahun lalu.
Katanya program itu dapat meningkatkan tahap profesional, mutu disiplin, kecekapan serta integriti para pegawai dan anggota.
Che Hasni berkata tugas SPAD bukan sahaja mengesan dan mengeluarkan saman semata-mata malah mereka juga turut membuka kertas siasatan untuk mengenakan tindakan lanjut kepada para pesalah.
"Selain meningkatkan imej, kita juga memberi pendedahan serta fokus khususnya melibatkan kertas siasatan kerana tugas penguatkuasaan tidak tertumpu kepada saman sahaja.
"Jadi, kita memang memberi penekanan dalam menyediakan kertas siasatan untuk dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya dengan menampilkan bukti yang kukuh sehingga pesalah diheret ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman," katanya. - BERNAMA
Bernama
Mon Sep 26 2016
Che Hasni berkata tugas SPAD bukan sahaja mengesan dan mengeluarkan saman semata-mata malah mereka juga turut membuka kertas siasatan untuk mengenakan tindakan lanjut kepada para pesalah.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
AWANI 7:45 [26/04/2024] - Wajar tidak dijemput | UM jemput pensyarah Pro-Israel | Rumah terbuka di Kuala Kubu Bharu | Penamaan calon pada Sabtu
#AWANI745 malam ini bersama Irfan Faruqi;
1. PM sindir pensyarah Amerika jemputan UM berkualiti rendah
2. Mahasiswa boikot kuliah, jika VC UM membisu
3. Bersih dakwa Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor bercanggah Akta Kesalahan Pilihan Raya
4. SPR selesai persiapan proses penamaan calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu
1. PM sindir pensyarah Amerika jemputan UM berkualiti rendah
2. Mahasiswa boikot kuliah, jika VC UM membisu
3. Bersih dakwa Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor bercanggah Akta Kesalahan Pilihan Raya
4. SPR selesai persiapan proses penamaan calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu
Freedom Flotilla to Gaza: NGO Malaysia gesa kerajaan mohon kebenaran Republik Guinea-Bissau guna bendera
Kumpulan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dari Malaysia menggesa kerajaan untuk membantu memudahkan misi pelayaran misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza.
Jangan pilih merengek, sebaliknya berunding bantu rakyat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menempelak pendirian pemimpin yang memilih merengek dan mencaci usaha kerajaan membantu semua kaum, yang hanya merugikan rakyat.
Misi menamatkan kemarau Piala Thomas di Chengdu diteruskan
Menang besar atau balik, itu situasi menanti pasukan badminton lelaki negara yang berhasrat untuk mengukir nama mereka dalam sejarah.
Seorang lelaki ditahan dalam Ops Ulat di Terminal One
Lelaki berusia 33 tahun itu ditahan selepas didapati menawarkan khidmat menjual tiket di luar kaunter tiket.
SPAD komited selesai kes ulat tiket dalam tempoh 24 jam
SPAD komited untuk menyelesaikan dan mengambil tindakan segera bagi menangani kes melibatkan ulat tiket dalam tempoh 24 jam.
Sebanyak 33,652 kes direkodkan SPAD sejak tahun 2011
Sebanyak 33,652 kes pelanggaran undang-undang direkodkan SPAD melibatkan pelbagai jenis kenderaan sejak badan itu mula ditubuhkan pada tahun 2011.
19 pemandu teksi ditahan dalam ops bersepadu SPAD
Dalam operasi tersebut, beberapa anggota menyamar sebagai penumpang dan meminta pemandu teksi menghantar mereka ke Stadium Merdeka.