Prosiding Inkues bagi mencari punca kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim disambung dengan keterangan saksi ketiga Ahmad Shahril Othman.
Dalam keterangannya ketika ditanya peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Muhammad Adib, Mohd Kamaruzaman Wahab Ahmad Shahril menjelaskan ketika kejadian beliau yang juga pemandu kenderaan Unit Kecemasan Perkhidmatan Penyelamat Perubatan (ERMS) hanya dapat mengawal stereng ketika mengundur dan sebelah lagi tangannya mengawal pintu di untuk mengelakkan perusuh menyerang.
“Dalam keadaan mengundur tangan sebelah kanan saya mengawal stereng dan sebelah lagi mengawal pintu untuk elak perusuh membuka pintu dan menyerang," katanya di hadapan Koroner Rofiah Mohamad.
Ketika jentera bomba Fire Rescue Tender (FRT) dan ERMS berundur jelas Shahril, beliau menyedari bahawa Allahyarham Muhammad Adib telah tiada di dalam kenderaan terbabit dan orang ramai di lokasi kejadian mula bersorak.
“Ketika kenderaan berundur saya dapati adib sudah tiada dan saya hanya cuba cari dia dari dalam (kenderaan) tetapi saya tidak keluar,” jelasnya.
Bagaimanapun ekoran keadaan yang berbahaya beliau mengambil keputusan untuk kekal berada di dalam kenderaan terbabit.
Turut diceritakan, yang mana terdapat sepasukan anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian lebih awal dan dihalang oleh orang ramai untuk memadam kebakaran. Namun kumpulan terbabit jelas Ahmad Shahril tidak diserang.
“Sebelum kenderaan kami diserang, terdapat pasukan sama dari kumpulan kami yang hadir lebih awal turut diserang, dan dihalang orang ramai untuk memadam kebakaran tetapi keadaan terkawal tanpa sebarang serangan,” ujar Ahmad Shahril.
Dalam keterangan itu, turut digunakan kereta mainan bagi mendapatkan gambaran sebenar kejadian.
Turut dipanggil memberi keterangan pada hari ini merupakan saksi awam, Amirul Adli yang juga menceritakan gambaran ketika kejadian.
Hadir sama dalam prosiding itu, Pengarah Jabatan Bomba Selangor, Azmi Osman serta abang kepada Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, Muhammad Asyraf Mohd Kassim
Fareez Azman
Wed Feb 13 2019
Para saksi yang hadir pada prosiding inkues bagi menentukan punca kematian anggota Bomba dan Penyelamat, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim di Mahkamah Koroner, Kompleks Mahkamah Shah Alam. - Foto fail.
Nahas helikopter Lumut: Jenazah dibawa ke lokasi pengebumian
Lapan jenazah anggota TLDM selesai disolatkan di Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja kira-kira jam 5.40 petang pada Rabu.
Kes tembak KLIA: Suspek didakwa lagi esok
Hafizul Hawari, 38, didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api, 15 April lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi melalui perairan antarabangsa, bukan Israel - Huwaida Arraf
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadual memulakan pelayaran pada Jumaat ini tidak akan menggunakan laluan di perairan Israel.
Upacara penghormatan terakhir
Bersama kita wartawan Umavathi Ramayah yang kini berada di Masjid Salahuddin Al Ayubi Taman Melati.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Upacara penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
MB Perlis maklum anak ditahan, serah kepada SPRM untuk siasat
Mohd Shukri berkata beliau mengetahui berita mengenai penahanan anaknya oleh SPRM dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang maut dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 4.35 petang pada Rabu.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak
Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Buka tirai edisi ke-13, komited jadi pemacu WST2040
Ekspo dan Forum ASIAWATER secara rasmi membuka tirai penganjuran kali ke-13 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur untuk tiga hari dari 23 hingga 25 April 2024.
'Saya tidak nampak Adib ditarik' - Saksi kelima
Saksi kelima Prosiding Inkues Muhammad Adib Mohd Kassim, Badrul Hisyam Salim menjelaskan beliau tidak nampak Allahyarham Adib ditarik keluar dari jentera EMRS ketika mereka diserang oleh orang awam.
Sebelah tangan kawal stereng, sebelah lagi kawal pintu - Saksi ketiga
Prosiding Inkues bagi mencari punca kematian Allahyarham Muhammad Adib Muhammad Kassim disambung dengan keterangan saksi ketiga Ahmad Shahril Othman.