NATIONAL
'Sedekahkan doa buat mami saya, Faziani Rohban' - Anak pengasas Dnars Skincare

Menerusi Instagramnya, Iqbar mengesahkan kematian ibunya dan meminta orang ramai mendoakan ibunya. -foto Instagram @iqbar_hakim
Anak kepada pengasas jenama produk kecantikan Dnars Skincare, Iqbar Hakim meminta orang ramai mendoakan ibunya Faziani Rohban Ahmad yang maut akibat kemalangan di Pattani, Thailand.
Menerusi akaun Instagramnya @iqbar_hakim, dia mengesahkan kematian ibunya dan memberitahu sedang bergegas pulang ke kampung halaman.
Video dimuat naik Iqbar mendapat perhatian ramai yang turut mengutuskan ucapan takziah kepada ahli keluarga pengasas itu.
“Jadi, kepada semua, kalau boleh sedekahkan doa buat mami saya, Faziani Rohban Ahmad semoga dia ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.”
Bapanya dilaporkan cedera parah setelah kenderaan MPV Toyota Estima yang dinaiki mangsa terlibat kemalangan di Pattani, Thailand kira-kira jam 10.30 pagi tadi.
Wanita berusia 40 tahun yang berasal dari Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu, Kelantan itu popular dengan produk kecantikan terutamanya di Pantai Timur.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami