Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Sejarah Kampung Melayu yang perlu anda tahu

Sejarah Kampung Melayu yang perlu anda tahu
Kampung Baru di Kuala Lumpur masih kekal utuh sehingga hari ini. Gambar Fail
KUALA LUMPUR : KEBELAKANGAN ini banyak isu yang membayangi Kampung Baru, Kuala Lumpur, yang dianggap sebagai satu-satunya kampung Melayu yang masih kekal di tengah kepesatan ibu kota itu.

Tetapi, tahukah anda beberapa fakta menarik tentangnya yang boleh kita telusuri ini:

Tertubuhnya Kampung Baru

Kampung Baru sebenarnya tertubuh pada 1900 dan merupakan penempatan orang Melayu yang terbesar di Kuala Lumpur. Penempatan ini diwujudkan atas desakan orang-orang Melayu di ibu kota ke atas pentadbiran British.
Kampung-kampung di dalam Kampung Baru

Kampung Baru sebenarnya mempunyai lebih tujuh buah kampung di dalamnya terdiri daripada Kampung Hujung Pasir, Kampung Periuk, Kampung Masjid, Kampung Pindah, Kampung Paya, Kampung Atas A dan Kampung Atas B.
Kurniaan Sultan Selangor

Sultan Selangor pada ketika itu Sultan Alauddin Sulaiman Syah Raja Muda Musa (Sultan Sulaiman) telah mengurniakan kawasan Kampung Baru sebagai penempatan orang Melayu pada 1899.

Kampung Baru hak milik kekal orang Melayu

Kawasan kampung Baru yang  diwartakan sebagai Malay Agriculture Settlement ( Tanah Pertanian Melayu) merupakan tanah kurniaan berstatus hakmilik kekal dengan sekatan kepentingan yang telah ditetapkan. Sekatan kepentingan tersebut adalah tanah itu tidak boleh dijual dan/tidak boleh diduduki oleh orang Bukan Melayu.

Peristiwa penting di Kampung Baru

Antara peristiwa penting yang pernah berlaku membabitkan Kampung Baru termasuk sejarah hitam 13 Mei yang bermula di Jalan Hale (Jalan Raja Abdullah) di kawasan tersebut. Peristiwa ini telah mengajar kita betapa pentingnya toleransi dan hubungan baik antara kaum di negara ini.

Sebenarnya banyak lagi sejarah menarik yang boleh anda kaitkan dengan Kampung Baru yang terletak di tengah-tengah ibu kota ini.

Walaupun dalam kepesatan pembangunan, ia masih lagi kekal utuh sehingga hari ini