awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekali lagi Tun Mahathir pandu Jokowi, adakah kereta ASEAN bakal jadi realiti?

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
09/08/2019
04:40 MYT
Sekali lagi Tun Mahathir pandu Jokowi, adakah kereta ASEAN bakal jadi realiti?
Dr Mahathir membawa Jokowi menaiki Proton Persona berwarna merah ke kediaman rasminya di Seri Perdana bagi majlis jamuan makan tengah. - Foto Chedet Official
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini sekali lagi membawa Joko Widodo menaiki kereta Proton sempena lawatan rasmi dua hari Presiden Indonesia itu ke negara ini.
Dr Mahathir membawa Jokowi menaiki Proton Persona berwarna merah ke kediaman rasminya di Seri Perdana bagi majlis jamuan makan tengah hari usai pertemuan rasmi mereka di Perdana Putra pada sebelah pagi.
Selepas majlis jamuan makan tengah hari, kedua-dua pemimpin kemudian sekali lagi menaiki kereta yang sama yang dipandu Dr Mahathir menuju ke Masjid Putra di sini bagi menunaikan solat Jumaat.
Sewaktu lawatan rasmi Jokowi ke Malaysia pada 2015, Dr Mahathir telah melakukan perkara sama namun dengan cara yang lebih ekstrem apabila beliau membawa rakannya itu menguji Proton Iriz pada kelajuan 180km sejam di litar uji Proton di Shah Alam, Selangor.
Dr @chedetofficial membawa @jokowi menaiki Proton Persona berwarna merah ke kediaman rasminya di Seri Perdana bagi majlis jamuan makan tengah hari usai pertemuan rasmi mereka di Perdana Putra pada sebelah pagi. Video @chedetofficial @501Awani pic.twitter.com/X7uCzDRjwP
— Harits Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) August 9, 2019
Namun, tiga tahun berlalu, Jokowi masih tidak dapat melupakan memori tersebut hingga menyebabkan beliau ketawa besar tatkala mengimbas semula semasa sidang media bersama kedua-kedua pemimpin sewaktu lawatan rasmi Dr Mahathir ke Indonesia tahun lalu.
BACA: Jokowi tergelak besar, kenang pengalaman naik Proton dipandu Mahathir
Menjadi persoalan, adakah aspirasi dan iltizam kedua-dua pemimpin itu sebelum ini yang mengharapkan wujudnya kereta ASEAN bakal menjadi realiti? Sama-sama kita nantikan.
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Joko Widodo
#lawatan rasmi
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#Perdana Menteri
#Presiden Indonesia
#Proton
#Proton Iriz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan