Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahahtir Mohamad hari ini menyelar beberapa kuasa besar dunia kerana mengenakan sekatan terhadap negara-negara kecil di rantau ini.
Beliau berkata sekatan itu bukan hanya menyakiti negara terbabit malahan negara lain juga tanpa sebarang sebab.
"Kita tiada perbalahan dengan negara ini tetapi kita berhenti menjalankan perniagaan dengan negara berkenaan kerana sekatan itu. Ini sangat tidak adil.
"Sebagai negara kecil, kita tidak boleh melakukan sekatan terhadap sesiapa namun kuasa besarlah yang mengenakan sekatan dan ini menyekat kebebasan negara-negara kecil.
"Walaupun mereka terus bercakap tentang hak asasi manusia, mereka menyekat kebebasan kita untuk berdagang dengan rakan niaga kita sendiri," katanya pada sidang akhbar bersama di Pejabat Perdana Menteri, Istana Keamanan di sini hari ini.
Dr Mahathir berkata beliau akan membawa isu ini ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) yang akan diadakan pada 17 hingga 30 Sept ini.
"Ini merupakan platform berbaik bagi kita untuk menyuarakan isu ini," katanya.
Terdahulu Dr Mahathir yang sedang dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Kemboja bermula Isnin mengadakan perbincangan dua hala dengan rakan sejawatannya Hun Sen.
Dr Mahathir berkata Malaysia dan Kemboja bersetuju agar lautan di rantau ini harus bebas untuk pelayaran tanpa sekatan.
"Sekatan akan hanya menjejaskan pembangunan negara yang mempunyai sempadan di laut," katanya.
Mengenai penyertaan Timor Leste dalam ASEAN, Dr Mahathir berkata "kita akan cuba memastikan Timor Leste menjadi salah satu negara anggota ASEAN dalam mesyuarat pertubuhan itu yang akan datang
"Timor Leste telah memohon untuk menyertai ASEAN sejak sekian lama dan ia sepatutnya menjadi ahli ASEAN," katanya.
Sementara itu, Hun Sen berkata Malaysia dan Kemboja komited untuk menyegerakan kesepakatan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau dalam tahun ini kerana ia adalah penting untuk integrasi dan pertumbuhan ekonomi serantau.
Beliau berkata Malaysia dan Kemboja komited untuk terus meningkatkan dan mengukuhkan kerjasama dalam rangka kerja dua hala dan pelbagai hala untuk memenuhi kepentingan rakyat kedua-dua negara demi keamanan, kestabilan dan kemakmuran di rantau ini dan dunia.
"Kita mengakui keperluan untuk menggalakkan latihan dan perkongsian maklumat dalam bidang keselamatan dan pertahanan negara dan mengalu-alukan perbincangan antara kedua-dua kementerian pertahanan dalam mempromosikan kerjasama ini.
"Kita menggalakkan institusi yang relevan di kedua-dua negara untuk mempercepat cadangan dalam memorandum persefahaman mengenai kerjasama dalam memerangi pemerdagangan orang," katanya.
Sementara itu, Dr Mahathir dan Hun Sen menyaksikan upacara menandatangani Perjanjian Pengelakan Percukaian Dua Kali (DTA) dan Memorandum Persefahaman mengenai kerjasama dalam bidang pelancongan.
Perjanjian dan MoU itu ditandatangani oleh Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Ekonomi dan Kewangan Kemboja Aun Pornmoniroth dan Menteri Pelancongan Kemboja Dr Thong Khon.
Perdagangan Malaysia-Kemboja pada tahun lepas berjumlah US$558 juta (RM2.35 bilion) manakala enam bulan pertama tahun ini, nilai itu mencecah AS$ 422.6 juta (RM1.78 bilion), peningkatan sebanyak 39.2 peratus berbanding tempoh yang sama lepas tahun.
Pada masa ini, terdapat kira-kira 400 syarikat Malaysia yang beroperasi di Kemboja termasuk dalam sektor perbankan, perhotelan, telekomunikasi dan petroleum.
--BERNAMA
Bernama
Tue Sep 03 2019
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Perdana Menteri Kemboja Hun Sen pada sambutan rasmi di Peace Palace hari ini. - fotoBERNAMA
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
Malaysia perlu masa untuk teliti cadangan visa bersama enam negara ASEAN
Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.7785/7815 berbanding dolar AS daripada 4.7680/7730 semasa ditutup pada Jumaat.
Malaysia sedia jadi hab pusat untuk Pejabat Keluarga di ASEAN
ASEAN semakin mendapat fokus daripada firma pejabat keluarga berikutan kestabilan ekonomi dan pertumbuhan di rantau ini.
LRT Pulau Pinang: Mobiliti, pemangkin pelancongan dan tidak ancam perkhidmatan feri
Pelaksanaan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang, dilihat sebagai pengangkutan alternatif penduduk negeri ini bagi mengatasi masalah trafik.
Jenama “Kuasa Tenaga Boleh Diperbaharui Asia” bakal lonjak Sarawak ke persada global - Abang Jo
Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak berpotensi menjadi hab inisiatif peralihan kepada penggunaan tenaga tanpa karbon ketika dunia bergerak ke arah -net-zero- menjelang 2050.
ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar
Usaha proaktif akan membolehkan Malaysia membentuk persekitaran yang aman dan inklusif dalam rantau ASEAN.
Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.