awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekatan perjalanan diperluas kepada 2 lagi wilayah di China

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
09/02/2020
04:03 MYT
Sekatan perjalanan diperluas kepada 2 lagi wilayah di China
Dua lagi wilayah dikenakan sekatan perjalanan iaitu Zhejiang dan Jiangsu susulan 'lockdown' oleh kerajaan China. -Gambar fail
Kerajaan mengenakan sekatan perjalanan ke atas dua lagi wilayah di China, susulan lockdown oleh kerajaan China akibat penularan koronavirus.
Dua wilayah berkenaan ialah Zhejiang dan Jiangsu, masing-masing membabitkan lima dan dua buah bandar.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata ia selaras dengan langkah kerajaan yang menguatkuasakan sekatan bagi wilayah yang dikenakan lockdown oleh kerajaan China.
“Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) diminta memperketatkan lagi sekatan sedia ada kepada mengenakan syarat sekatan bagi semua pelancong, tidak mengira kerakyatan, yang pernah mengunjungi atau berada di tiga wilayah tersebut untuk tidak memasuki Malaysia dalam tempoh 14 hari selepas itu.
“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), JIM dan agensi lain yang bertugas di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Johor Bahru juga diminta untuk meningkatkan aspek kawalan dengan memberikan nasihat yang sewajarnya kepada orang ramai yang melalui kesemua pintu masuk tersebut,” kata beliau.
Dr Wan Azizah berkata demikian pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina oleh Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) di Quill City Mall, di sini.
Beliau juga memaklumkan belum ada keperluan untuk menyekat terus perjalanan keluar masuk dari China kerana situasi masih terkawal.
Perkembangan ini menjadikan tiga wilayah sudah dikenakan sekatan perjalanan, termasuk Hubei yang sudah diumumkan sebelum ini.
Topic Berkaitan
#Hubei
#Imigresen
#Jiangsu
#Kementerian Kesihatan
#Kementerian Luar
#KKM
#koronavirus
#pelancong
#Wan Azizah Wan Ismail
#Wuhan
#Zhejiang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan