Tutup

Sekolah di empat negeri, tiga kawasan ditutup akibat jerebu

Sekolah di empat negeri, tiga kawasan ditutup akibat jerebu
Beberapa negeri mencatatkan IPU tidak sihat dan sangat tidak sihat pada Ahad.
KUALA LUMPUR: Semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Sri Aman, Kuching serta Samarahan di Sarawak diarahkan ditutup esok.

Kementerian Pedidikan dalam satu kenyataan berkata arahan penutupan sekolah dikeluarkan berikutan situasi jerebu di beberapa negeri dan kawasan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat dan sangat tidak sihat pada Ahad.
Menurutnya lagi, pihak jabatan pendidikan negeri serta daerah diarah memaklumkan pihak sekolah dan ibu bapa berhubung penutupan ini pada kadar segera.
Katanya, pengumuman ini dibuat berdasarkan pemantauan berterusan di seluruh negara pada hari ini.