Jabatan Pendidikan Sarawak pagi ini mengeluarkan arahan untuk menutup sekolah di Kuching, Samarahan, Padawan, Lundu dan Bau berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menghampiri paras tidak sihat.

Dalam satu kenyataan, ia berkata pihak sekolah sedang dihubungi untuk memaklumkan kepada ibu bapa agar membawa pulang anak masing-masing dari sekolah.

Jabatan bagaimanapun tidak memaklumkan jumlah sekolah yang terlibat. Pengetua dan guru besar turut diminta untuk memastikan keselamatan pelajar semasa dijemput ibu bapa.