Sekolah kebangsaan di negara ini telah berubah menjadi ke arah sekolah agama.

Justeru bagi memperkasakan kembali sistem pendidikan di negara ini, kerajaan akan mengkaji semula kurikulum sekolah yang sedia ada.

Jelas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kurikulum di sekolah perlu memberi penekanan untuk menguasai mata pelajaran yang boleh menghasilkan graduan yang berkualiti dan tidak memberi tumpuan semata-mata kepada mata pelajaran agama.

“Seseorang telah mengubah kurikulum sekolah dan sekarang sekolah kebangsaan telah berubah menjadi sekolah agama.

"Mereka semua hanya belajar tentang agama Islam dan tidak mempelajari yang lain dan keputusannya lepasan pelajar tidak berapa pandai mata pelajaran yang berguna untuk mendapatkan pekerjaan,” katanya pada Majlis Makan Malam pada majlis makan malam Persatuan Bekas Pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid (SAHOCA) 2018 di sini pada Jumaat.

Tambah beliau, sekolah akan tetap mengajar subjek agama namun bukan pada setiap waktu dalam sesi persekolahan.

"Kita perlu kuasai semua mata pelajaran lain kerana jika mahu maju, rakyat Malaysia bukan perlu ada pendidikan yang baik," ujar Dr Mahathir.

Jelasnya pengabaian mata pelajaran penting yang lain mengakibatkan pelajar tidak fasih dalam subjek yang akan memberi mereka pekerjaan.

Dalam masa yang sama beliau juga turut mengingatkan akan kepentingan penguasaan bahasa Inggeris.

Jelasnya negara-negara yang maju sekalipun termasuk Jepun dan Cina terpaksa mempelajarinya walaupun mereka mengutamakan bahasa mereka sendiri demi memenuhi keperluan semasa di peringkat global.