awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MMA gesa Parlimen beri tumpuan kepada peningkatan kos penjagaan kesihatan
Rakyat Malaysia disaran buat persediaan rapi bercuti ke Hat Yai
CAS benarkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya kembali beraksi - FAM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekolah perlu sediakan cecair pembasmi kuman, bukan guru

Astro Awani
Astro Awani
16/07/2020
07:36 MYT
Sekolah perlu sediakan cecair pembasmi kuman, bukan guru
Pihak sekolah diingatkan agar gunakan peruntukan disediakan KPM bagi menyediakan cecair pembasmi kuman kepada pelajar. - Gambar fail
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegur pihak sekolah terlibat agar menggunakan peruntukan disediakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menyediakan cecair pembasmi kuman (hand sanitiser) kepada pelajar.
Saranan itu bagi memastikan guru tidak menggunakan peruntukan sendiri untuk menyediakan peralatan perlindungan diri berkenaan.
"Apabila kita kata sekolah mesti guna hand sanitiser, buat saringan dan sebagainya, maka ia perlu disediakan oleh sekolah dan bukan guru. Saya difahamkan bahawa KPM telah menyalurkan peruntukan kepada setiap sekolah untuk beli hand sanitiser dan mungkin juga topeng muka dan sebagainya.
"Jadi harap sekolah berkaitan diharap sediakan pelitup muka untuk guru dan hand sanitiser untuk pelajar. Bukan sahaja di pintu masuk tetapi di kantin juga," katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen di sini pada Khamis.
Dalam pada itu, kerajaan katanya telah membuka semula hampir kesemua sektor ekonomi serta akitiviti harian.
"Semalam, merupakan hari pertama aktiviti sukan beriadah berkontak seperti bola sepak dibenarkan. Tentunya, ramai yang tidak sabar untuk beriadah bersama ahli keluarga dan rakan setelah 121 hari PKP dikenakan. Namun begitu, kita harus tetap berwaspada dan memastikan kawalan kendiri serta penjarakan sosial sentiasa diamalkan dalam normal baharu," ujarnya lagi.
Katanya, setiap anggota masyarakat perlu bertanggungjawab atas keselamatan serta kesihatan bukan sahaja keluarga, malah masyarakat sekeliling.
"Kebersihan diri serta kawalan kendiri seperti pemakaian pelitup muka terutama di tempat awam perlu menjadi amalan seharian," kata beliau.
Topic Berkaitan
#guru
#ismail sabri yaakob
#Kementerian Pendidikan
#Malaysia
#Media
#menteri
#Parlimen
#pelajar
#pendidikan
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan