awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekolah rosak teruk akibat dibadai puting beliung di Kelantan

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
30/09/2015
15:52 MYT
Sekolah rosak teruk akibat dibadai puting beliung di Kelantan
Ini bukan kali pertama, puting beliung melanda sekitar Tanah Merah. - Gambar Astro AWANI
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanah Merah Dua, Kelantan kerugian lebih RM300,000 selepas dibadai puting beliung, petang semalam.
Puting beliung turut merosakkan 30 rumah di sekitar Kampung Banggol dan Tanah Merah. Semasa kejadian, sesi persekolahan masih berjalan bagi sesi petang dan kelas tambahan.
Menurut Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanah Merah Dua, Mashadi Mustafa, puting beliung itu telah menyebabkan kemusnahan teruk pada bangunan sekolah.
"Kerosakan bumbung sahaja sudah mencecah RM300,000. Itu tidak termasuk kerosakan lain. Jabatan Kerja Raya sedang membuat penilaian," katanya.
Sementara itu, beberapa pelajar yang menyaksikan kejadian puting beliung itu menyifatkan ia saat yang mencemaskan.
Menurut seorang pelajar, Norfatin Yuni Marzuki, beliau ketakutan ketika kejadian itu berlaku.
"Takut memang takutlah tetapi bertawakal sahaja. Rasa macam hendak mati pun ada apabila melihat bangunan sekolah seperti hendak runtuh.
"Cikgu kemudian panggi semua murid ke bilik guru. Alhamdulillah semua selamat," katanya.
Seorang lagi pelajar, Nurishaira Shafie turut menyifatkan pengalaman tersebut menakutkan.
"Angin kencang dari arah padang menuju ke arah sekolah dan pada masa itu kelihatan bumbung sekolah diterbangkan angin.
"Saya memang terkejut tetapi sempat melarikan diri. Keadaan ketika itu memang kelam kabut," katanya.
Berikutan kerosakan yang dialami sekolah berkenaan, pelajar tingkatan enam terpaksa menggunakan madrasah sebagai kelas sementara, bagi membolehkan kerja baik pulih bangunan sekolah itu dilakukan.
Ini bukan kali pertama, puting beliung melanda sekitar Tanah Merah.
Pada 8 Ogos lalu, sekolah berkenaan turut dilanda ribut sehingga menjejaskan majlis yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Mashadi Mustafa
#SMK Tanah Merah Dua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan