Tutup

Sekolah vernakular beri nilai tambah dalam diri pelajar - Exco Perak

Sekolah vernakular beri nilai tambah dalam diri pelajar - Exco Perak
ABDUL AZIZ: Kalau kita mansuhkan sekolah-sekolah seperti itu bukan saja satu perkara rasis tapi tidak logik dan merugikan daripada segi ekonomi serta kemampuan generasi muda.
IPOH: Kewujudan sekolah vernakular di negara ini tidak menghalang kepada penyatuan nasional, sebaliknya ia dapat meningkatkan nilai tambah dalam kalangan generasi muda.

Exco Pendidikan, Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Perak Dr Abdul Aziz Bari berkata Sekolah Jenis Kebangsaan Cina sebagai contoh merupakan platform terbaik untuk melengkapkan pelajar dengan bahasa ketiga termasuk bahasa Mandarin yang semakin penting ketika ini.
"Bahasa Mandarin sekarang menjadi bahasa dunia. Salah satu bahasa dalam PBB (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu) ialah bahasa Mandarin.

"Jadi, kalau kita mansuhkan sekolah-sekolah seperti itu, bukan saja satu perkara rasis, tapi tidak logik dan merugikan daripada segi ekonomi serta kemampuan generasi muda, khususnya generasi Melayu itu sendiri," katanya.
Abdul Aziz yang juga Naib Pengerusi DAP Perak bercakap kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri beliau di sini, pada Ahad.

Beliau mengulas kenyataan wakil Dewan Muslimat PAS, Salamiah Md Nor yang mendesak kerajaan Pakatan Harapan (PH) supaya menghapuskan sistem pendidikan vernakular di negara ini kerana katanya dasar terbabit tidak menyumbang kepada perpaduan kaum.

-- BERNAMA









Tag: generasi muda, Abdul Aziz Bari, SJKC, sekolah vernakular, bahasa ketiga, perpaduan kaum, Salamiah Md Nor, Muslimat PAS, pendidikan, Bahasa Mandarin, bahasa dunia, mansuh, rasis, Melayu



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.