Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012, yang menjadikan kegagalan penganjur memberi notis 10 hari sebagai satu kesalahan, adalah tidak munasabah kerana ia terjumlah kepada larangan efektif terhadap perhimpunan segera dan spontan.
Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mah Weng Kwai, dalam penghakiman setebal 29 muka surat, berkata hak untuk menganjur perhimpunan aman hanya boleh dihad secara munasabah dan bukan dilarang sebagaimana yang ditakrif dalam Perkara 10(2)(b) Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata seksyen itu pada masa ini, pada dasarnya melarang perhimpunan spontan serta segera, dan keperluan memberi notis 10 hari menjadikan kebebasan untuk berhimpun secara spontan dan segera satu ilusi.
"Saya berpendapat tidak ada pertalian yang munasabah antara keperluan penganjur memberi notis 10 hari untuk menganjurkan perhimpunan aman dengan keperluan memberi notis 10 hari bagi tujuan memastikan keselamatan dan ketenteraman awam, seperti dikehendaki akta berkenaan.
"Keperluan untuk memberi notis 10 hari jauh melebihi kesulitan relatif disebabkan perhimpunan dan oleh itu, perlu dianggap sebagai tidak seimbang," katanya.
Mah berkata sebarang kesalahan lalu lintas atau tergendalanya aktiviti perniagaan yang mengancam keselamatan awam dan ini boleh ditangani sewajarnya oleh polis dan agensi penguatkuasaan di bawah undang-undang sedia ada seperti Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Kanun Keseksaan.
Pada Jumaat lepas, panel tiga hakim diketuai Datuk Mohd Ariff Mohd Yusof, Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer dan Mah, dalam satu keputusan bersejarah memutuskan bahawa Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman adalah tidak berperlembagaan.
Panel itu membenarkan rayuan Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad bagi membatalkan pertuduhan menganjurkan perhimpunan Black 505 di Stadium Kelana Jaya pada 8 Mac tahun lepas terhadapnya.
Ketiga-tiga hakim menulis penghakiman berasingan yang kemudian diedar kepada media hari ini.
Mah juga berkata seseorang harus berwaspada dengan tujuan sesuatu perhimpunan seperti yang dianjur Nik Nazmi iaitu sebagai satu platform untuk anggota masyarakat berkumpul dan bersuara, iaitu hak asasi yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
"Dengan menjadikannya sebagai satu kesalahan dan menghukum penganjur mengikut Seksyen 9(1) dan 9(5) Akta Perhimpunan Aman, ia dengan jelas memperlihat ketakkonsistenan dan ketaksamaan yang diwujudkannya.
"Seksyen ini adalah satu penghinaan terhadap hak perayu (Nik Nazmi) untuk kebebasan berhimpun secara aman dengan menjadikan kegagalan memberi notis yang diperlukan sebagai jenayah kepada Ketua Polis Daerah," katanya.
Sementara itu, Ariff dalam penghakiman setebal 26 muka surat berkata Seksyen 9(5) adalah tidak berperlembagaan kerana sebarang ketidakpatuhan di pihak penganjur tidak sepatutnya dikenakan penalti jenayah.
Beliau berkata peruntukan akta berkenaan tidak mengakibatkan sesuatu perhimpunan itu haram tanpa memberi notis 10 hari atau diadakan dengan notis yang lebih singkat.
"Oleh itu, apa yang pada asasnya halal tidak boleh dianggap tindakan yang menyalahi undang-undang di pihak penganjur hanya disebabkan suatu kegagalan pentadbiran atau peninggalan," katanya.
Dalam penghakiman setebal 42 muka surat, Hamid pula berkata Malaysia sebagai penandatangan Konvensyen Antarabangsa mengenai hak kebebasan berhimpun secara aman, peruntukan untuk menghukum atau tidak menggalakkan perhimpunan aman perlu ditolak.
Bernama
Tue Apr 29 2014
PM ucap selamat raikan Good Friday, Easter Sunday kepada penganut Kristian
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut hari Good Friday dan Easter Sunday kepada seluruh penganut Kristian.
Singapura rampas 1.5 tan produk segar dan makanan proses dari Malaysia
Kira-kira 1.5 tan produk segar dan makanan diproses yang diimport secara haram dari Malaysia dirampas Agensi Makanan Singapura (SFA).
AWANI Ringkas: Jumlah hari tol percuma kekal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kemarau: KADA anggar 40,000 tan metrik hasil padi terjejas
Kawasan tersebut sangat kering, mengakibatkan tanah merekah dan tanaman rosak teruk.
Pemuda Dong warisi perniagaan buah kabung
Proses mendapatkan buah yang turut dikenali sebagai buah nau dalam kalangan masyarakat utara itu rumit dan memerlukan kesabaran tinggi.
[KOLUMNIS] Malaysia perlu bijak tangani isu diplomatik, jangan biarkan dibuli negara besar
Sekiranya Malaysia hendak mengekalkan status sebagai sebuah negara berkecuali di samping menjaga kepentingan ekonomi negara, kepimpinan negara perlu untuk mempertahankan kedaulatan negara.
Ada keperluan pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN
Terdapat keperluan untuk PDRM melakukan pindaan terhadap Seksyen 21 Akta Polis 1967, yang berkaitan dengan tugasan mengiring di jalan raya.
Kegiatan haram di KL: Lebih daripada seorang pegawai kanan polis dipercayai terlibat - Azam Baki
Lebih daripada seorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia dipercayai terlibat dalam aktiviti melindungi kegiatan haram di ibu negara, tegas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.
Tular titah lama Sultan Nazrin di luar konteks, Pejabat Dewan Negara Perak buat laporan polis
Pejabat Dewan Negara Perak membuat laporan polis berhubung penularan kenyataan berunsur perkauman yang memetik titah diraja Sultan Perak, Sultan Nazrin Shahdalam konteks yang salah.
Bubur pedas, juadah tradisi meriahkan Ramadan di Sarawak
Setiap kali Ramadan, juadah bubur lambuk pasti menjadi 'fenomena' di Semenanjung, sejak sekian lama.
Penggunaan teknologi, inovasi perlu diperkukuh untuk kekalkan khazanah hutan negara - Nik Nazmi
Beliau berkata kerajaan terus komited untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan tanah negara dilitupi pokok-pokok dan kawasan hutan.
Operasi pembenihan awan perlu waktu sesuai berikutan kos tinggi - Nik Nazmi
MetMalaysia akan memberi panduan waktu yang sesuai untuk melaksanakan melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) berikutan cuaca panas di negara ini.
Mampukah EU selamatkan hutan dan pastikan pekerjaan di Malaysia terjamin?
Langkah EU melarang sebarang aktiviti import barangan yang dikaitkan dengan penebangan hutan dianggap sebagai standard baharu yang bagus untuk iklim, bagi sesetengah pihak.
NRES terus kerjasama dengan kerajaan negeri bendung aktiviti perlombongan haram
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam akan terus bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam membendung aktiviti perlombongan haram.
Kenyataan Nik Nazmi kurang tepat, tiada pengeluaran haram nadir bumi - MB Pahang
Kerajaan Negeri Pahang menafikan berlaku pengeluaran bahan nadir bumi oksida secara haram di kawasan hutan simpan di daerah Lipis seperti dinyatakan Nik Nazmi.
NRES, tiga kementerian bincang pembangunan kerangka REE dua minggu lagi
Kementerian Alam Sekitar dan Kelestarian Alam akan mengadakan pertemuan dengan tiga kementerian dua minggu lagi bagi membincangkan mengenai pembangunan kerangka model perniagaan REE.
NRES lindungi flora dan fauna melalui inovasi digital
Ia bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan inovasi digital dalam usaha mengukuhkan konservasi fauna dan flora liar.
NRECC komited perangi perlombongan haram NR-REE
Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim cakna tentang aktiviti perlombongan haram unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) dan tindakan tegas sudah pun diambil.
Lokasi di Sabah, Sarawak dicadang tapak Ramsar baharu negara - Nik Nazmi
Semenanjung Klias di Sabah dan Loagan Bunut serta Sarikei di Sarawak merupakan lokasi yang dicadangkan sebagai Tapak Ramsar baharu negara.
Konflik manusia-haiwan di Gua Musang akan dibincangkan dengan NRECC
Konflik antara manusia dan haiwan yang banyak dilaporkan di Gua Musang akan dibincangkan dengan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklam (NRECC).