awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sektor pelancongan tunjuk pemulihan, hasil aktiviti domestik - Nancy

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
15/07/2020
03:47 MYT
Sektor pelancongan tunjuk pemulihan, hasil aktiviti domestik - Nancy
NANCY: Walaupun pelancong asing masih tidak dibenarkan memasuki negara, namun penggalakan pelancongan domestik mula menunjukkan perkembangan positif ketika ini. - Gambar fail
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menjangkakan industri pelancongan domestik akan mula menunjukkan pemulihan memberangsangkan pada suku kedua tahun hadapan.
Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata, walaupun pelancong asing masih tidak dibenarkan memasuki negara, namun penggalakan pelancongan domestik mula menunjukkan perkembangan positif ketika ini.
"Kita ada banyak perancangan dan telah mengambil tindakan untuk memastikan pemulihan ekonomi akan berjalan lebih awal.
"Saya hendak nyatakan di sini bahawa banyak yang telah kita lakukan termasuk dari segi promosi pelancongan domestik, walaupun kita menjangka (pemulihan) pada akhir tahun ini.
BACA: Sektor pelancongan negara kerugian RM45 bilion akibat COVID-19 - MOTAC
"Namun kita telah nampak (pemulihan) pada beberapa minggu lepas... kita sudah nampak hasil pemulihan ini.
"Nampaknya, begitu banyak hotel yang telah mula beroperasi dan kadar penginapan mencecah 75 peratus, malah ada yang 100 peratus, hasil maklum balas daripada MAH (Persatuan Hotel Malaysia) dan juga (persatuan) lain yang bekerjasama dengan kita," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH-Balik Pulau) yang ingin mengetahui perancangan kementerian untuk memendekkan tempoh pemulihan sektor pelancongan di negara ini susulan penularan COVID-19.
Menjawab soalan asal Datuk Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut), Nancy berkata MOTAC mengunjurkan kerugian bagi segmen pelancong antarabangsa adalah melebihi RM31 bilion, manakala bagi segmen pelancong domestik, pihaknya mengganggarkan kerugian melebihi RM13 bilion.
"Berdasarkan statistik MOTAC, bagi tempoh Januari hingga Mac 2020, perbelanjaan pelancong antarabangsa merekodkan penurunan sebanyak 41.5 peratus daripada RM21.4 bilion pada 2019 kepada RM12.5 bilion.
"Jumlah kerugian ini termasuklah kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan ekoran aktiviti perniagaan yang tidak boleh dijalankan, pemotongan gaji serta pembatalan tempahan produk pelancongan seperti hotel dan pakej pelancongan," jelasnya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dewan Rakyat
#ekonomi
#hotel
#koronavirus
#Nancy Shukri
#pelancong
#pelancongan
#pemulihan
#sektor pelancongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan