awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sektor penerbangan kini dibuka: Ini senarai garis panduan yang perlu dipatuhi

Astro Awani
Astro Awani
01/05/2020
09:53 MYT
Sektor penerbangan kini dibuka: Ini senarai garis panduan yang perlu dipatuhi
Sektor pengangkutan udara antara sektor yang dibenarkan beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). - Foto Fail
SEKTOR pengangkutan udara antara sektor yang dibenarkan beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Bagaimanapun, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyenaraikan garis panduan yang perlu dipatuhi.
PENERBANGAN BERJADUAL & KARGO
  • Perkhidmatan penerbangan berjadual penumpang dan kargo bagi laluan domestik dan antarabangsa.
  • Perkhidmatan general aviation termasuk business & private jet operation.
Waktu Beroperasi: 12.00 pagi – 12.00 tengah malam Waktu Kehadiran Pelanggan: 12.00 pagi – 12.00 tengah malam Kapasiti Pekerja: 100%
Pemeriksaan suhu badan dan pemakaian 'face mask'
• Menggunakan thermal scanner (pengimbas suhu) sebelum memasuki terminal lapangan terbang. • Mewajibkan face mask kepada semua individu yang memasuki terminal.
Pendaftaran masuk di kaunter
• Penguatkuasaan penjarakan 1 meter di antara penumpang. • Penandaan garisan bagi penjarakan sosial. • Penggunaan face mask oleh ejen kaunter syarikat penerbangan. • Menggunakan hand sanitizer selepas urusan di kaunter 'check in' (daftar masuk).
Aturan tempat duduk dalam pesawat
• Penjarakan sosial dengan pengosongan tempat duduk di antara penumpang. • Tidak membenarkan preference block tempat duduk oleh penumpang. • Nyahkuman ruang pesawat. • Melaksanakan proses nyahkuman pesawat selepas operasi.
Boarding (menaiki pesawat)
• Penguatkuasaan penjarakan 1 meter di antara penumpang. • Penggunaan face mask oleh ejen kaunter syarikat penerbangan.
Meal Service (penyediaan makanan)
• Mengelakkan close contact (kontak rapat) dengan penumpang.
Lavatory Service (perkhidmatan tandas)
• Pembersihan tandas sekurang-kurangnya 1 kali bagi setiap 5 kali penggunaan.
LAPANGAN TERBANG
• Perkhidmatan lapangan terbang • Perkhidmatan pengendalian darat • Perkhidmatan kawalan trafik udara • Perkhidmatan sekolah penerbangan / kolej penerbangan / latihan penerbangan (sama seperti sektor pengajian tinggi)
Waktu Beroperasi: Mengikut waktu operasi padang terbang Waktu Kehadiran Pelanggan: Mengikut waktu operasi padang terbang Kapasiti Pekerja: 100%
Pemantauan gejala COVID-19
• Memantau gejala COVID-19 di kalangan penumpang, pengguna dan pekerja lapangan terbang melalui pemeriksaan suhu badan.
Penggunaan sanitizer, face mask dan rubber gloves
• Kakitangan dikehendaki menggunakan sanitizer, face mask, dan rubber gloves apabila bertugas berdasarkan kesesuaian lokasi kerja. • Penggunaan face mask dan sanitizer adalah wajib kepada penumpang dalam pesawat.
Penjarakan sosial dan tatacara keselamatan kesihatan pekerja
• Pemakaian face mask oleh setiap pekerja di kawasan umum adalah diwajibkan. • Memastikan garis panduan amalan terbaik social / penjarakan sosial disediakan seperti tanda jarak 1 meter di lantai, meja dan kerusi.
Kesiapsiagaan dalam sebarang perkembangan terkini COVID-19
• Emergency Operation Centre (EOC) dan Airport Crisis Management Team MASB dalam keadaan berjaga-jaga dan sentiasa menunggu arahan / perkembangan terkini.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kargo udara
#Kawalan Pergerakan Bersyarat
#keselamatan
#kesihatan
#koronavirus
#lapangan terbang
#operasi lapangan terbang PKP
#penerbangan
#pesawat
#PKPB
#Sektor penerbangan
#sektor pengangkutan udara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan