Kejadian berlaku selepas perhimpunan bersurai, sekumpulan pemuda yang menyertai perhimpunan Bantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) menyerang sekumpulan jurufoto yang sedang membuat liputan media di Jalan Raja dekat Dataran Merdeka hari ini.
Kumpulan anak muda yang bertopeng serta berpakaian serba hitam itu, menggelarkan diri mereka sebagai ‘Antifa’ telah cuba membuat provokasi ke atas kumpulan jurufoto tersebut.
Mereka melemparkan kata-kata kesat dan isyarat lucah dan kemudiannya menyerang pihak media terbabit.
Susulan kejadian tersebut, Persatuan Jurufoto Media Malaysia (MPPA) membidas tindakan berkenaan dan memandang serius akan perkara itu.
"MPPA memandang serius kejadian ini kerana perhimpunan ini adalah perhimpunan aman dan di bawah seliaan permit pihak berkuasa. Seharusnya tiada kekecohan tercetus.
"Kami kesal dengan segelintir kumpulan pemuda yang masih bertindak liar dengan menyerang jurufoto media bertugas" jelas Setiausaha Agung MPPA, Mohammad Naim Firdaus Abdul Aziz dalam satu kenyataan media.
MPPA dalam kenyataannya turut memaklumkan akan melaporkan kepada pihak polis dan akan mempertimbangkannya ke pihak peguam kerana ada bukti bergambar.
Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengutuk perbuatan sekumpulan pemuda tersebut dan menyifatkannya sebagai satu tindakan yang tidak wajar.
"Perbuatan memukul dan mengasari wartawan yang menjalankan tugas harus dikutuk. Kebebasan kewartawanan bukan hanya mengenai permit dan undang-undang. Paling penting ialah penghargaan masyarakat terhadap profesion dan tanggungjawab mereka" kata beliau di dalam status terbaru yang dimuatnaik di Facebook miliknya.
Shabery turut menyeru agar pihak media dihormati kerana golongan tersebut sudah bersusah payah menyalurkan maklumat kepada rakyat.
Di dalam kejadian yang berlaku sekitar petang tadi, seorang jurufoto dari Malaysia Fokus, Sharil Amin Abdul Rahim disepak dan ditumbuk manakala jurufoto Malaysia Reseved, Hafizi Mohamad terkena balingan kayu.
Menurut Sharil, semasa kejadian itu beliau ternampak kepulan asap yang dinyalakan oleh kumpulan (pemuda) tersebut, dan apabila didekati, kata-kata kesat mula dilemparkan dan seterusnya kekecohan berlaku.
Dianggarkan lebih 20,000 peserta berhimpun membantah GST di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad dan bersurai setakat pukul 5 petang.
Astro Awani
Thu May 01 2014
Antara peserta-peserta perhimpunan Bantah GST sedang berarak ke Jalan Raja
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Sekumpulan peserta perhimpunan Bantah GST serang jurufoto media
Sekumpulan pemuda yang menyertai perhimpunan Bantah GST menyerang sekumpulan jurufoto media yang sedang membuat liputan hari ini.