Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhak menyuarakan kritikan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana baginda juga mempunyai hak kebebasan bersuara seperti rakyat kebanyakan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Merujuk kepada kenyataan Datuk Seri Nazri Aziz yang melarang Tunku Ismail campur tangan hal politik negara semalam, bekas perdana menteri itu berkata selagi kerajaan mengamalkan dasar kebebasan bersuara, golongan diraja mempunyai hak bersuara sepertimana rakyat kebanyakan.

Tunku Ismail sebelum ini berkata rakyat tidak harus dipersalahkan atas kehilangan keyakinan dan kepercayaan terhadap perdana menteri Datuk Seri Najib Razak selepas beliau gagal menghadiri forum "Nothing2Hide" yang dijadualkan baru-baru ini.

"Itu merupakan kebebasan bersuara. Putera Mahkota mempunyai hak untuk bersuara seperti kerajaan,” kata Tun M pada sidang media selepas program bicara “Dangerous Ideas” di Publika, Kuala Lumpur semalam.

BACA: Jauhkan diri dari politik..., tegas Nazri kepada TMJ

BACA: #Nothing2Hide: Kenyataan TMJ dapat sokongan netizen


Terdahulu, Malaysiakini melaporkan bahawa Nazri meminta Tunku Ismail untuk menjauhkan daripada politik susulan status Facebook baginda mengenai sesi dialog #Nothing2Hide.

"Saya rasa beliau harus menjauhkan diri daripada politik. Jika tidak, beliau juga akan dapat benda yang sama. Kita akan ‘whack’ (hentam secara lisan) dia.


BACA: TMJ 'balas' teguran Nazri secara santai