awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekatan ke luar negara hanya kepada peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas
Kuala Lumpur dipacu sebagai bandar pintar berpaksikan rakyat - Hannah
Reman lelaki disyaki bunuh ibu disambung tujuh hari lagi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selamat maju jaya, Malaysia - Khairy Jamaluddin

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
09/05/2018
18:22 MYT
Selamat maju jaya, Malaysia - Khairy Jamaluddin
Khairy berpendapat apa sahaja keputusan adalah suara yang menggambarkan pilihan yang dibuat oleh rakyat. -Gambar fail
Ketua Pemuda Barisan Nasional, Khairy Jamaluddin, meluahkan rasa terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sudah menjalankan tanggungjawab mereka dalam Pilihan Raya ke 14, dan berharap yang terbaik untuk Malaysia selepas ini.
Dalam entri yang dimuat naik ke akaun Twitter, Khairy yang diumumkan mempertahankan kerusi DUN Rembau, menyanjung tinggi proses demokrasi yang dijalankan di Malaysia dan berpendapat apa sahaja keputusan adalah suara yang menggambarkan pilihan yang dibuat oleh rakyat.
Rakyat Malaysia sudah bersuara. Dan suara rakyat adalah keramat. Selamat maju jaya, Malaysia dan terima kasih kepada semua pengundi kerana melaksanakan tanggungjawab kepada negara.
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) May 9, 2018
"Rakyat Malaysia sudah bersuara. Dan suara rakyat adalah keramat.
"Selamat maju jaya, Malaysia, dan terima kasih kepada semua pengundi kerana melaksanakan tanggungjawab kepada negara," tulisnya.
Khairy mengekalkan kerusi Rembau dengan 36,096 undi, majoriti 4,364 undi mengatasi calon gabungan PKR, Roseli Abdul Gani yang memperoleh 31,732 undi dan Mustafa Dolah (Pas), 6,028 undi.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#calon
#Khairy Jamaluddin
#PAS
#pemuda
#Pemuda UMNO
#pilihan raya
#PKR
#rakyat Malaysia
#Twitter
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan