Selangor membenarkan rumah ibadat bukan Islam dibuka semula bermula Jumaat, dengan syarat semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, dipatuhi.
Exco Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita Dan Keluarga negeri Dr Siti Mariah Mahmud berkata, kerajaan negeri mengguna pakai SOP baharu yang dikeluarkan Kementerian Perpaduan Negara dengan garis panduan tambahan.
"Semua penganut agama dibenarkan mengunjungi rumah ibadat masing-masing, kecuali golongan berisiko tinggi dan sangat berisiko tinggi.
"Bagaimanapun, bagi penganut agama berumur 60 ke atas dan sihat, mereka dibenarkan untuk hadir ke aktiviti keagamaan di rumah ibadat tersebut," katanya pada sidang media di sini, pada Khamis.
Tiga garis panduan tambahan itu ialah kategori golongan berisiko rendah, golongan berisiko tinggi seperti yang berumur 60 hingga 69 tahun, mempunyai penyakit seperti darah tinggi dan sangat berisiko tinggi bagi mereka yang berumur 70 tahun ke atas dan mempunyai penyakit kronik.
Dr Siti Mariah berkata buat masa ini, kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah, masih tidak dibenarkan hadir ke mana-mana rumah ibadat di Selangor.
Beliau berkata, menerusi garis panduan tambahan yang diedarkan kepada pihak pengurusan rumah ibadat hari ini juga, kerajaan negeri menyarankan mereka supaya melantik pegawai untuk menyelia logistik dan aliran pergerakan keluar masuk penganut agama, supaya sentiasa mematuhi jarakan sosial.
Katanya, pengurusan rumah ibadat juga harus memastikan jumlah kapasiti yang dibenarkan bagi satu-satu masa adalah satu per tiga daripada keluasan rumah ibadat terbabit, dengan mengambil kira jarakan sosial 1.5 meter bagi setiap individu.
"Semua rumah ibadat dikehendaki berdaftar dengan aplikasi SELangkah (Langkah Masuk Dengan Selamat) bagi tujuan pengesanan kontak, dan memaparkan kod QR di pintu-pintu masuk serta tidak bersentuhan atau bersalaman dengan orang lain," katanya.
Beliau berkata Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Selain Islam Selangor, kini sedang merangka tatacara yang boleh digunakan penganut agama untuk memohon slot, supaya mereka boleh hadir ke rumah ibadat masing-masing mengikut kapasiti yang dibenarkan, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 18 2020
Semua penganut agama dibenarkan mengunjungi rumah ibadat masing-masing, kecuali golongan berisiko tinggi dan sangat berisiko tinggi. Foto: Bernama
Perlu isyhtihar jika bawa lebih S$20,000
: Semua pengembara yang memasuki atau meninggalkan Singapura membawa mata wang fizikal dan instrumen boleh niaga (CBNI) dengan nilai lebih 20 Ribu Dolar Singapura atau bersamaan dalam mata wang asing.
Pengisytiharan CBNI ini supaya membantu usaha Singapura membanteras aktiviti jenayah seperti pengubahan wang haram dan Keperluan sedemikian adalah kebiasaan di banyak negara.
Pengisytiharan CBNI ini supaya membantu usaha Singapura membanteras aktiviti jenayah seperti pengubahan wang haram dan Keperluan sedemikian adalah kebiasaan di banyak negara.
G7 tekad, untuk redakan perang di Asia Barat, Ukraine-Rusia
Isu peperangan di Ukraine dan Asia Barat mendominasi mesyuarat Menteri Luar Kumpulan G7,terdiri daripada Amerika Syarikat, Itali, Kanada, Perancis, Jerman, Jepun dan Britain.
Sidang kemuncak menteri luar itu berakhir sejurus selepas serangan Israel ke atas Iran dikatakan sebagai tindakan balas terhadap serangan dron dan peluru berpandu Iran baru-baru ini ke atas Israel.
Sidang kemuncak menteri luar itu berakhir sejurus selepas serangan Israel ke atas Iran dikatakan sebagai tindakan balas terhadap serangan dron dan peluru berpandu Iran baru-baru ini ke atas Israel.
Lari fokus, abai kesihatan antara masalah utama jemaah
Beberapa masalah jemaah haji Malaysia, antaranya terlalu tumpukan kepada ibadat sunat dan abai soal kesihatan dikumpul hasil pemerhatian bekas petugas Tabung Haji (TH) sepanjang lebih 30 tahun berkhidmat. Namun, semua masalah ditangani secara bijak oleh petugas TH yang menggalas tanggungjawab.
Bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar meninggal dunia
Allahyarham difahamkan menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.15 pagi tadi.
Kes Audrey Fang: Penyiasat temukan bukti dalam bilik hotel suspek
Peguam keluarga mangsa meminta warga Singapura itu yang tidak dinamakan di hantar ke penjara dahulu sebelum perbicaraan.
Kursus Perdana Haji secara berperingkat di seluruh negara bermula hari ini sehingga 5 Mei
TH anjur Kursus Perdana Haji secara berperingkat di seluruh negara bermula hari ini di Masjid WIlayah Persekutuan sehingga 5 Mei ini, di mana ia merupakan kursus terakhir bagi bakal jemaah haji sebagai platform ulang kaji dan pelengkap kepada kursus-kursus sebelum ini.
White House enggan komen serangan Israel ke atas Iran
Jurucakapnya White House berkata Amerika Syarikat tidak mahu komen tentang perkara itu kerana dari awal lagi mereka tidak ingin terlibat secara langsung atas perang antara Iran dan Israel, atas kerisauan peningkatan suhu konflik di Asia Barat.
Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
Freedom Flotilla Coalition (FFC) mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Perkara itu disahkan Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright menerusi taklimat ringkas kepada semua peserta terlibat di Istanbul pada petang Jumaat.
Perkara itu disahkan Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright menerusi taklimat ringkas kepada semua peserta terlibat di Istanbul pada petang Jumaat.
[Kronologi] perang Iran - Israel
[Kronologi] perang Iran - Israel
Pengembara dari dan ke Singapura bawa lebih S$20,000 perlu lakukan pengisytiharan
Pengisytiharan menggunakan kertas pada masa ini akan dihentikan pada 13 Mei ini.
Lelaki rosakkan peralatan tokong ditahan - KPD Manjung
Lelaki berusia 35 tahun itu ditahan pada jam 9.30 malam Sabtu, selain merampas telefon bimbit digunakan untuk merakam perbuatan tersebut.
Kembali kepada Islam adalah penyelesaian isu perpaduan kaum - Penganalisis
Isu-isu yang berbangkit mutakhir ini mendesak rakyat Malaysia kini tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan fahaman politik adalah memastikan keharmonian kaum dan agama kekal utuh.
Usah sentuh sensitiviti agama, bersama maju ke hadapan - Premier Sarawak
Kerajaan Sarawak menekankan inklusiviti sosial berteraskan keadilan untuk semua tanpa mengira latar belakang kaum dan agama yang pelbagai.
PRK: Kemenangan PH isyarat Johor tolak politik guna agama - Sheikh Umar
Kemenangan PH memberi isyarat rakyat Johor tidak menerima politik yang mempergunakan agama secara keterlaluan.
Kempen PRN: Elak sentuh isu 3R demi keharmonian rakyat - Pakar
Memainkan isu 3R semasa berkempen boleh menyebabkan pertelingkahan dalam kalangan masyarakat serta mengundang kesan buruk kepada negara.
Kerajaan tidak akan berkompromi dengan pihak mainkan isu perkauman, agama - TPM Zahid
Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang berterusan memainkan isu perkauman dan agama.
Tujuh kertas siasatan dibuka di bawah unit 'task force' 3R PDRM
Tujuh kertas siasatan telah dibuka melibatkan kes 3R atau kes penghinaan terhadap agama, kaum dan Institusi Diraja bagi tempoh bermula 27 Mac 2023 sehingga 6 April 2023.
Hargai kepelbagaian budaya, agama di Malaysia asas kemakmuran - TPM Fadillah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Malaysia sangat istimewa dengan rakyatnya hidup aman harmoni dalam kepelbagaian budaya dan perbezaan agama.
Kes pendakwah terkenal: Jangan buat spekulasi - Idris
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menegaskan, tindakan itu boleh memberi mesej buruk terhadap nilai agama.
Hina Islam: Menteri bagi peringatan, jangan main bab agama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Idris Ahmad memberi peringatan kepada semua pihak supaya tidak melakukan sebarang penghinaan terhadap agama Islam.