awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
Lebih sejuta dokumen berkaitan kes Jeffrey Epstein ditemukan pihak berkuasa Amerika
14 negara kecam Israel lulus penempatan baharu di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor catat kes denggi paling tinggi dalam seminggu

Bernama
Bernama
25/01/2015
07:20 MYT
Selangor catat kes denggi paling tinggi dalam seminggu
R HILMI: Penularan wabak denggi adalah disebabkan faktor kutipan sampah yang tidak terurus.
Selangor merekodkan jumlah kes denggi tertinggi iaitu lebih 1,000 kes dalam tempoh seminggu, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya. Beliau berkata punca negeri itu mencatat rekod tertinggi penularan wabak denggi adalah disebabkan faktor kutipan sampah yang tidak terurus. "Penyakit demam denggi makin meningkat kini. Di seluruh negara ia mencatat jumlah kes hampir 3,000 dalam tempoh seminggu namun daripada jumlah itu, Selangor mencatatkan lebih 1,000 kes denggi," katanya kepada pemberita selepas program penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 peringkat Parlimen Balik Pulau di sini hari ini. Dr Hilmi berkata kawasan yang merekadkan jumlah tertinggi wabak denggi di Selangor adalah di Petaling. "Selangor merupakan satu kawasan urban (bandar), kerajaan tempatan perlu melihat semua sekali, perlunya penguatkuasaan di semua kawasan termasuk di kawasan-kawasan setinggan," katanya. Sementara itu, mengulas mengenai isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) yang dicadang oleh kerajaan DAP Pulau Pinang, Dr Hilmi berkata tidak perlu membuang masa untuk berpolitik. "Jangan buang masa banyak sangat hendak berpolitik, kita ada pilihan raya lima tahun sekali, cukuplah lepas itu kita buat kerja untuk rakyat, fikirkan bagaimana hendak bangunkan negeri untuk rakyat," katanya. Dalam perkembangan lain, Dr Hilmi yang juga Anggota Parlimen Balik Pulau berkata sebanyak 16 klinik musnah disebabkan banjir akan dibina semula. Katanya 16 klinik yang musnah itu meliputi empat klinik di Terengganu, 11 di Kelantan manakala satu di Beaufort, Sabah. Pada majlis itu, sebanyak 1,061 menerima bantuan BRIM yang bernilai antara RM350 dan RM250.
Topic Berkaitan
#Dr Hilmi Yahaya
#kes denggi
#Kutipan Sampah
#penularan
#Rekod
#Selangor
#tertinggi
#wabak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan