Kerajaan Selangor dicadang mempertimbangkan untuk melaksanakan penanaman ganja bagi tujuan perubatan di negeri itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Mohd Shaid Rosli berkata, ia tidak mustahil mengikut Akta Dadah Merbahaya 1952 yang menyatakan bahawa mana-mana jabatan kerajaan boleh membuat penanaman ganja bagi tujuan perubatan.
Jelasnya, satu kajian tentang penanaman itu juga sudah dilaksanakan Pengarah Pusat Racun Negara Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Datuk Dr Mohamed Isa Abd Majid.
"Kajian itu adalah dengan kerjasama sebuah syarikat tempatan dalam usaha menjadikan industri ini sebagai tanaman komersil untuk tujuan penyelidikan perubatan serta eksport.
"Paling penting kajian ini dibolehkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Selangor.
"Kerajaan negeri selepas ini boleh memberi kerjasama untuk berbincang mengenai penanaman, pemprosesan serta pengeksportan ganja yang dapat memberi pulangan lumayan," katanya semasa dihubungi Astro AWANI di sini, pada Rabu.
Beliau berkata, cadangan itu sudah dibaca ketika membahaskan ucapan junjung kasih atas titah Sultan Selangor semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), pada Rabu.
Katanya, penanaman ganja dapat memberi pulangan besar iaitu sekitar RM9 juta setahun bagi keluasan tanah satu ekar meliputi tiga kali proses penuaian.
"Jelas jumlah ini melebihi pulangan tanaman sawit yang hanya memperoleh sekitar RM3,000 bagi tanaman berkeluasan satu ekar.
"Kita lihat sekiranya Selangor dapat mengusahakan lebih daripada 100 ekar, negeri ini akan jadi pengeluar terbesar ganja dunia yang turut memberi pulangan lumayan," jelasnya.
Ujarnya, lokasi penanaman dan pemprosesan juga harus dilaksanakan di satu kawasan dan ia hanya boleh diakses oleh pihak tertentu sahaja.
"Pelaksanaan ini juga akan memberi peluang pekerjaan kepada orang ramai khususnya rakyat di negeri ini.
"Jangan risau mengenai pasaran gelap dan sebagainya kerana kita perlu ketatkan sistem agar tidak berlaku ketirisan serta penagihan di kalangan masyarakat," katanya.
Astro Awani
Wed Mar 20 2019
Menurut Mohd Shaid, penanaman ganja dapat memberi pulangan besar iaitu sekitar RM9 juta setahun bagi keluasan tanah satu ekar meliputi tiga kali proses penuaian. - Gambar fail/BERNAMA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
Thailand-Brunei perkukuh kerjasama sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-40 dalam hubungan diplomatik pada tahun ini, Thailand dan Brunei berharap dapat mengukuhkan lagi kerjasama dua hala dan meningkatkan kerjasama ekonomi.
Rangka manusia dijumpai di Gemas
Satu rangka manusia dijumpai di ladang kelapa sawit Felda Sungai Kelamah, Gemas, Tampin pada 2.10 petang hari ini.
Putera Mahkota Arab Saudi berhasrat adakan lawatan rasmi ke Malaysia akhir tahun ini - PM
Hasrat itu dizahirkan semasa dialog khas Putera Mahkota Arab Saudi itu bersama beberapa pemimpin negara lain di luar Mesyuarat Khas WEF 2024 pada Ahad.
10 Berita Pilihan - (29 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Selasa - 30 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
SC, IsDB jalin bersama majukan pasaran modal Islam dan kewangan sosial
SC hari ini memeterai MoU dengan IsDB, sekali gus membuka ruang kerjasama lebih erat dalam ICM dan meluaskan jangkauan teknologi kewangan (fintech) dan kewangan sosial Islam, terutama wakaf.
Hamidin sedia terima kritikan, terbuka dicabar
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak terkecil hati dan sedia menerima kritikan mana-mana pihak termasuk bekas Timbalan Presiden FAM Khairy Jamaluddin.
ADUN Jeram nafi sokong MB Selangor
ADUN Jeram, Datuk Harrison Hassan menafikan beliau menyokong kepimpinan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari seperti dilaporkan sebuah portal pada Rabu.
ADUN Jeram kini anggotai Majlis Eksekutif Pusat Pejuang
Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Mohd Shaid Rosli dilantik Ahli Majlis Eksekutif Pusat (MEP).
Turun berat badan 5kg dapat hadiah RM300
Memetik laporan Sinar Harian, individu yang bertuah akan memenangi hadiah berjumlah RM300 daripada ADUN Jeram.
ADUN Jeram umum keluar Bersatu
Mohd Shaid berkata, beliau akan melepaskan semua jawatan dalam parti untuk menjadi ADUN bebas.
ADUN Bersatu lantang bersuara bukti PH lemah - ADUN Sungai Panjang
Datuk Mohd Imran Tamrin berkata, kenyataan Mohd Shaid itu membuktikan PH tidak sehaluan dalam banyak perkara.
'Saya cabar DAP buang Bersatu dari PH' - ADUN Jeram
Ronnie Liu dan kepimpinan tertinggi DAP dicabar untuk membawa usul menyingkir Bersatu dari komponen Pakatan Harapan di mesyuarat akan datang
Selangor dicadang tanam ganja untuk perubatan - ADUN Jeram
Kerajaan Selangor dicadang mempertimbangkan untuk melaksanakan penanaman ganja bagi tujuan perubatan di negeri itu.
ADUN Jeram buat hal lagi!
Lebih menarik, sumbangan 10,000 baju kemeja dan kurung itu mula diagihkan hari ini secara berperingkat kepada 10 sekolah rendah di dalam DUN Jeram.