awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor tidak akan adakan pilihan raya PBT dalam waktu terdekat

Bernama
Bernama
05/09/2018
09:59 MYT
Selangor tidak akan adakan pilihan raya PBT dalam waktu terdekat
NG: Kerajaan negeri tidak boleh mendahului kerajaan Persekutuan kerana pelaksanaan pilihan raya PBT itu memerlukan pindaan undang-undang oleh kerajaan Persekutuan. - Foto BERNAMA
Kerajaan Selangor tidak akan mengadakan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) peringkat negeri dalam waktu terdekat.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru negeri, Ng Sze Han berkata ini kerana pihaknya sedang menunggu keputusan kerajaan Persekutuan berhubung perkara tersebut.
"Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) baru-baru ini mengumumkan akan melaksanakan pilihan raya PBT dalam tempoh tiga tahun lagi, jadi kita tunggu keputusannya.
"Kerajaan negeri tidak boleh mendahului kerajaan Persekutuan kerana pelaksanaan pilihan raya PBT itu memerlukan pindaan undang-undang oleh kerajaan Persekutuan," katanya.
Ng (DAP-Kinrara) berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Mohd. Sany Hamzan (Amanah-Taman Templer) berhubung isu pelaksanaan pilihan raya PBT di negeri ini pada sidang Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.
Julai lepas, Menteri berkenaan Zuraida Kamaruddin berkata Malaysia akan menjalankan pilihan raya PBT dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga tahun lagi kerana kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika ini perlu memberi keutamaan kepada usaha menstabilkan ekonomi negara terlebih dahulu.
Zuraida berkata pemilihan PBT perlu untuk sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi, yang rakyat juga berhak memilih pentadbiran tempatan masing-masing.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
#Kerajaan Selangor
#KPKT
#Ng Sze Han
#pihak berkuasa tempatan
#pilihan raya PBT
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan