Penerbit The Edge Ho Kay Tat dan Ketua Eksekutif portal berita The Malaysian Insider (TMI) Jahabar Sadiq hari ini ditahan polis di bawah Akta Hasutan berhubung laporan tentang undang-undang jenayah Islam atau hudud.
Perkara ini disahkan oleh peguam yang mewakili Jahabar dan Kay Tat, Syahredzan Johan melalui twitnya hari ini.
Kedua-duanya mereka ditahan ketika tiba di Balai Polis Dang Wangi pagi ini bagi merekodkan kenyataan.
Ketika dihubungi, Syahredzan memberitahu pihaknya masih menunggu keputusan lanjutan reman tiga pengarang TMI yang ditahan semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Negara turut mengesahkan penahanan tersebut.
Semalam, tiga pengarang TMI iaitu Pengarang Urusan, Lionel Morais; Pengarang Rencana dan Analisis, Zulkifli Sulong dan Pengarang Berita, Amin Iskandar telah ditahan polis dan akan disiasat di bawah Akta Hasutan 1948.
Penahanan tersebut adalah susulan aduan yang dibuat oleh beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional berkaitan laporan oleh portal berkenaan berhubung keputusan Majlis Raja-Raja tentang undang-undang hudud.
Astro Awani
Tue Mar 31 2015
Kedua-duanya ditahan ketika tiba di Balai Polis Dang Wangi pagi ini bagi merekodkan kenyataan. - Sumber Facebook
PM Australia gelar Elon Musk jutawan sombong, ingkar arahan kerajaan
Mahkamah Australia telah mengarahkan platform X menyembunyi beberapa hantaran mengulas insiden kes tikam seorang paderi di Sydney sekali gus memburukkan perang mulut antara pemilik platform media sosial Elon Musk dan Perdana Menteri Australia Anthony Albanese.
Gempa bumi sederhana landa Taiwan
Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter dikesan berlaku di Taiwan pada 8.04 pagi ini.
Kerja pemasangan sistem projek ECRL dijangka bermula Mei depan
Kerja-kerja pemasangan di Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) melibatkan pembinaan sistem elektrifikasi, semboyan dan telekomunikasi bagi pengoperasian kereta api penumpang dan kargo dijangka bermula Mei d
Portal MYStartup dilancar, platform sehenti untuk syarikat pemula
MYStartup Single Window direka untuk memupuk kerjasama, inovasi dan jangkauan global, menawarkan maklumat yang teratur kepada pengasas, pelabur dan bakat teknologi.
Penyiasatan melalui data sistem pemantauan penerbangan
Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Prof Madya MEJAR Dr Mohd Harridon Suffian, berkata usaha mengenalpasti data penting akan ditumpukan oleh pasukan mencari dan menyelamat bagi melengkapkan siasatan berhubung nahas.
Penampilan kelima di Olimpik bukan sekadar melengkapkan penyertaan - Azizulhasni
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang bakal menjadi atlet lelaki pertama Malaysia beraksi di lima Sukan Olimpik berturut-turut.
Nahas Helikopter: TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca dua helikopter yang terhempas semasa raptai Perbarisan Hari TLDM Ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut, pada 9.32 pagi, Selasa.
Kronologi kejadian helikopter terhempas di Malaysia
Kemalangan melibatkan dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM, merupakan kejadian kelapan seumpama itu dalam tempoh sembilan tahun lepas.
'Malaysia ada kelebihan di Piala Thomas'
Pemain profesional negara Cheam June Wei menyifatkan pasukan negara mempunyai kelebihan tersendiri pada pertarungan pusingan pertama bertemu Hong Kong pada kejohanan Piala Thomas 2024.
Nahas helikopter Lumut: 'Hari yang amat menyedihkan buat kita semua' - MB Perak
Saarani turut mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga wira-wira TLDM yang terlibat dalam tragedi kemalangan helikopter itu.
'TMI tidak untung, kami rugi RM10 juta' - Kumpulan Media The Edge
Walaupun menjadi antara portal berita tertinggi dilawati di negara ini, The Malaysia Insider (TMI) tidak menerima sokongan komersial yang cukup untuk terus beroperasi.
1MDB: Penerbit The Edge dipanggil untuk soal siasat - polis
Ho Kay Tat hari ini dipanggil polis untuk disoal siasat berkaitan artikel mengenai 1MDB yang disiarkan The Edge Financial Daily.
'Kami tak boleh lari daripada dedahkan kebenaran' - Penerbit The Edge
Penerbit dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media The Edge jelaskan sebab pihaknya berusaha mendedahkan laporan berkaitan 1MDB.
Hudud: Ho Kay Tat dan Jahabar Sadiq dibebaskan
Penerbit The Edge Ho Kay Tat dan Ketua Eksekutif portal berita The Malaysian Insider (TMI) Jahabar Sadiq dibebaskan dengan ikat jamin polis.
Kay Tat, Jahabar dijangka bebas hari ini - peguam
Penerbit The Edge Ho Kay Tat dan Ketua Eksekutif portal berita The Malaysian Insider Jahabar Sadiq dijangka akan dibebaskan selepas ditahan semalaman di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
Pengarang TMI dilayan secara profesional ketika dalam tahanan - Peguam
Tiga pengarang editor The Malaysian Insider dilayan secara profesional dan memuaskan ketika dalam tahanan.
NGO bidas tindakan polis tahan pengarang berita
Tiga persatuan media hari ini mengutuk tindakan pihak polis yang menahan pengarang, penerbit The Malaysian Insider.
Permohonan reman tiga pengarang TMI ditolak
Permohonan reman tiga pengarang portal berita The Malaysian Insider (TMI) telah ditolak Majistret Mohd Nazri Omran tengah hari tadi.
Selepas 3 pengarang, penerbit The Edge dan CEO TMI pula ditahan polis
Penerbit The Edge Ho Kay Tat dan Ketua Eksekutif portal berita The Malaysian Insider Jahabar Sadiq hari ini ditahan polis di bawah Akta Hasutan.