Malaysia dan Argentina akan menyambut ulang tahun ke-50 hubungan dua hala yang menyaksikan jalinan positif antara kedua-dua negara dalam bidang khusus, yang menjanjikan masa depan yang cerah.
Duta Argentina ke Malaysia, Manuel Balaguer Salas berkata beliau pasti hubungan antara kedua-dua negara akan terus berkembang terutama dalam bidang sukan, kerjasama penyelidikan dan pelaburan khususnya oleh syarikat minyak dan gas Malaysia Petroliam Nasional Berhad (Petronas).
"Walaupun jarak yang jauh dan budaya yang berbeza antara kedua-dua negara, kita mengharungi 50 tahun yang menarik. Kita mungkin belum mencapai potensi sebenar dalam semua bidang tetapi kita berkongsi hubungan simbolik seperti Menara Berkembar Petronas," katanya merujuk kepada pereka menara itu, Cesar Pelli yang berasal dari negara Latin berkenaan.
Salas, yang mula bertugas di negara ini tahun lepas, berkata demikian dalam temu bual dengan Bernama di sini sempena jubli emas hubungan diplomatik antara Argentina dan Malaysia.
Menurut duta itu, kebanyakan rakyat Malaysia mengenali bola sepak Argentina tetapi negara Latin itu juga hebat dalam sukan polo. Berikutan kepakaran mereka dalam sukan itu dan kuda, Malaysia memilih negara itu sebagai destinasi latihan bagi skuad polo untuk Sukan SEA 2017.
Salas berkata Malaysia dan Argentina juga bekerjasama dalam program penyelidikan Antartika, dan beliau berharap dapat meningkatkan penyelidikan dalam bidang pendidikan seperti perubatan forensik.
"Bagi masa depan, saya berharap untuk memperluaskan hubungan dan membabitkan sektor lain yang saya percaya mempunyai potensi seperti tenaga boleh diperbaharui, pembangunan infrastruktur dan meningkatkan peluang pelaburan," katanya.
Mengenai sambutan jubli emas itu, Salas berkata kedutaan merancang beberapa acara menarik seperti kesusasteraan, gastronomi, seminar perniagaan dan festival bermula bulan depan.
Beliau berkata acara kemuncak adalah pada 25 Mei yang menyaksikan kedutaan berkenaan menjadi tuan rumah sambutan sempena jubli emas dan Hari Kebangsan Argentina di Menara Berkembar Petronas, dengan kemungkinan Pelli berada dalam senarai tetamu.
"Bulan depan juga akan dilancarkan naskah sastera Argentina berjudul ''El Aleph'' oleh Jorge Luis Borges yang diterjemahkan dalam bahasa Melayu. Projek terjemahan itu adalah hasil kerjasama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)," katanya.
Menyedari minat besar rakyat Malaysia terhadap makanan, Minggu Makanan Argentina akan diadakan dari 22-28 Mei di sebuah hotel terkemuka di sini di mana beberapa makanan berasaskan daging akan diperkenalkan seperti "Carbonada Criolla" atau stu daging dan "Bife a Caballo" atau stik daging yang diletakkan telur goreng di atasnya.
Daging Argentina yang terkenal di dunia akan dibawa khas untuk acara itu manakala chef terkemuka negara berkenaan, Diego Jacquet akan menyediakan menu istimewa sempena minggu masakan tersebut.
Salas berkata Argentina juga akan mengambil bahagian dalam Ekspo Seni Malaysia dan Festival Kraf Antarabangsa Kuala Lumpur, masing-masing pada Oktober and November, selepas penyertaan yang dianggap berjaya tahun lepas.
Malaysia dan Argentina menjalin hubungan diplomatik pada 1967. Kedutaan Argentina dibuka pada Ogos 1983 manakala Malaysia membuka kedutaannya di Buenos Aires pada 1989.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 21 2017
P Kamalanathan (kanan) bersalaman dengan Duta Besar Argentina ke Malaysia, Manuel Balaguer Salas ketika menghadiri Sambutan Hari Kebangsaan negara itu hari ini. - Bernama
ESSCOM laksana tugas cemerlang bendung ancaman - Kaunselor EU
Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) telah melaksanakan tugas dengan cemerlang dalam membendung pelbagai ancaman di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESS ZONE).
APMM rampas minuman beralkohol, bot, enjin bernilai RM472,000
APMM Labuan merampas minuman beralkohol pelbagai jenama, sebuah bot fiber, dan tiga enjin dianggarkan bernilai lebih RM472,000 yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan.
Kefahaman orang ramai terhadap harta intelek masih rendah - Fuziah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup komited meningkatkan kefahaman orang ramai yang masih rendah terhadap harta intelek, kata Timbalan Menterinya Fuziah Salleh.
MITI perkenal slogan baharu: Fokus diperbaharui pacu pelaburan, perdagangan, industri
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah memperkenalkan slogan baharu "Pemacu Potensi Global" yang mencerminkan fokusnya yang diperbaharui.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya bungkusan berisi komputer riba
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom hari ini.
Ziana Zain giat bersenam di gimnasium, persiap diri untuk konsert solo bulan depan
Ziana Zain mahu memastikan beliau mampu memberikan yang terbaik apabila impiannya itu bakal menjadi kenyataan bulan depan.
AWANI 7:45 [25/04/2024] - Akaun KWSP distruktur semula | Pensyarah pro-Israel | Suspek tembak di KLIA didakwa | Astro Radio kekal nombor 1!
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Cynthia Ng;
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
AWANI Ringkas: SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM
AWANI Ringkas
Pasaran getah ditutup rendah bagi hari keempat berturut-turut
Pada 5 petang, harga rujukan bagi getah fizikal LGM untuk GMM 20 adalah 754 sen sekilogram manakala susu getah pukal ialah 700.5 sen sekilogram.
Warga Venezuela di Argentina protes tuntut pilihan raya bebas
Puluhan migran Venezuela yang menetap di Argentina berarak di Buenos Aires bagi menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Presiden Venezuela, Nicolas Maduro serta menuntut pilihan raya bebas.
Saya telah menang semuanya - Messi
Messi sudah berjaya menjulang pelbagai trofi sepanjang kariernya dan mengakui sudah rasa cukup dengan pencapaian yang diraihnya itu.
Hujan lebat berterusan, Buenos Aires keluar amaran tahap oren
Perkhidmatan Meteorologi Kebangsaan (SMN) mengeluarkan amaran pada tahap oren berikutan ribut akibat hujan lebat di kawasan metropolitan Buenos Aires pada Rabu.
Argentina terpaksa lupakan Messi
Messi telah diketepikan daripada skuad Argentina untuk perlawanan persahabatan yang akan datang di Amerika Syarikat kerana kecederaan hamstring, kata Persatuan Bola Sepak Argentina.
Empat pemain kelab Velez Sarsfield berdepan tuduhan serangan seksual
Empat pemain kelab bola sepak Argentina, Velez Sarsfield ditahan atas perintah mahkamah Argentina selepas dituduh melakukan serangan seksual pada Isnin.
Penampakan 'UFO' di Argentina
Sebuah rakaman memaparkan objek aneh berbentuk bulat berlegar-legar di wilayah Tucuman, Argentina mencetuskan tanda tanya.
Kemiskinan di Argentina cecah paras tertinggi 57.4 peratus - Kajian
Tahap kemiskinan itu merupakan yang tertinggi pernah dicapai Argentina dalam tempoh sekurang-kurangnya 20 tahun.
Kelayakan Olimpik: Brazil kandas, tidak layak ke Paris 2024
Brazil gagal melayakkan diri ke kejohanan bola sepak Olimpik lelaki selepas tewas 1-0 kepada Argentina.
Kerajaan, pemimpin Amerika Latin ucap takziah pemergian Sebastian Pinera
Kerajaan dan para pemimpin di seluruh Amerika Latin menzahirkan ucapan takziah atas kematian bekas Presiden Chile, Sebastian Pinera dalam nahas helikopter.
Tunjuk perasaan di Argentina protes lawatan Presiden Javier Milei ke Israel
Dianggarkan ratusan peserta tunjuk perasaaan berkumpul di luar premis Kementerian Luar Negeri Argentina untuk menyuarakan protes terhadap lawatan Presiden Javier Milei ke Israel pada Isnin.