Hari ini masuk hari ke-23 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana di negara ini bagi mengekang penularan wabak COVID-19, namun menjelang enam hari lagi sebelum perintah itu berakhir, kebimbangan tercetus apabila statistik kes ingkar arahan itu menunjukkan peningkatan.
Malah, kebimbangan itu turut disuarakan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang akhbar harian semalam, apabila menyatakan bahawa masih terdapat aktiviti pergerakan yang tidak dibenarkan seperti, kunjung mengunjung ke rumah saudara mara dalam tempoh PKP.
Malah kenderaan di jalan raya juga didapati semakin meningkat.
Setakat semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendedahkan tangkapan individu yang melanggar arahan PKP meningkat 13 peratus atau 454 orang pada Selasa, berbanding 403 (Isnin).
Selain itu kawasan-kawasan yang dikategori zon merah COVID-19 turut meningkat kepada 23 lokasi seluruh negara, selepas daerah Sepang di Selangor dan Kota Samarahan, Sarawak mencatat kes lebih 41 pada Selasa.
Sehingga kini empat lokasi dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) membabitkan Simpang Renggam (Johor), Hulu Langat (Selangor) dan tiga bangunan di Kuala Lumpur iaitu Menara City One, Bangunan Selangor Mansion dan Malayan Mansion.
Dalam pada itu, setakat semalam tiga negeri terus mencatat jumlah kes positif COVID-19 tertinggi iaitu Selangor (1,078 kes), Kuala Lumpur (685 kes) dan Johor (496 kes).
Jika diteliti perkembangan situasi itu, PKP yang dijadualkan berakhir Selasa depan tidak mustahil akan dilanjutkan.
Susulan peningkatan kes ingkar PKP, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil langkah lebih tegas dengan mengenakan kompaun RM1,000 terhadap individu ingkar PKP, bermula semalam.
Setakat semalam seramai 166 pesakit disahkan pulih, manakala 156 kes baharu direkodkan menjadikan keseluruhan kes postif COVID-19 di Malaysia ialah 4,119 kes, dengan 65 kematian.
Justeru, adalah menjadi tanggungjawab rakyat secara keseluruhannya, untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 09 2020
Menjelang enam hari lagi sebelum perintah itu berakhir, kebimbangan tercetus apabila statistik kes ingkar arahan itu menunjukkan peningkatan. -Gambar fail
Pintas Utama serah zakat perniagaan RM3 juta kepada Lembaga Zakat Selangor
Sultan Selangor berkenan mewakili Lembaga Zakat Selangor menerima serahan zakat perniagaan berjumlah RM3 juta.
Ibu didakwa aniaya anak lelaki hingga cedera
Seorang ibu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menganiaya anak lelakinya berusia sembilan tahun.
Beli kondo mewah: Isa Samad, Mohd Emir diperintah bayar RM3.31 juta kepada FGV
Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Mohd Isa dan bekas Mohd Emir membayar lebih RM3.31 juta kepada syarikat itu berhubung pembelian dua unit kondominium mewah di ibu negara.
AWANI Ringkas: Kandungan mudarat di media sosial meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Xiaomi lancar kereta elektrik Xiaomi SU7, harga bermula RM141,500
Xiaomi semalam secara rasminya telah melancarkan kereta elektrik mereka yang pertama dinamakan Xiaomi SU7 untuk pasaran China.
X akan tawar ciri premium percuma jika ada lebih 2,500 pengikut disahkan
ELON Musk memaklumkan perubahan pada penawaran ciri-ciri X kepada semua akaun.
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.
Jepun akan mansuh bantuan awam untuk rawatan COVID-19
Kerajaan Jepun memutuskan untuk menamatkan subsidi untuk ubat-ubatan COVID-19 dan kemasukan ke hospital bulan depan, menurut media tempatan.
KUSKOP mudahkan urusan pinjaman usahawan, bantu hadapi kenaikan harga barang
KUSKOP melalui pebagai agensinya, mengambil pendekatan memudah cara urusan pinjaman perniagaan kepada usahawan mikro yang terkesan dengan kenaikan kos dan harga barang.
Ismail Sabri pilih 'tindakan Malaysia dalam perangi COVID-19' sebagai tajuk tesis PhD
Ketika COVID-19 diisytihar sebagai pandemik global pada Mac 2020, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merupakan Menteri Kanan Pertahanan yang bertanggungjawab terhadap kluster keselamatan.