Timbalan Ketua Pengarah sebuah bahagian di Jabatan Perdana Menteri (JPM) bergelar 'Datuk' yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berkaitan salah guna dana Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dibebaskan hari ini.

Turut dibebaskan ialah enam lagi Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang ditahan bersama suspek yang dikaitkan dengan penyelewengan dana kerajaan bernilai jutaan ringgit itu.

Kesemua mereka direman lima hari bermula 28 Ogos lepas.


BACA: Seleweng dana PRU14: Datuk dan enam PTD direman lima hari

Majistret Azizah Ahmad membenarkan suspek lelaki berumur 49 tahun itu serta enam yang lain dibebaskan dengan jaminan SPRM serta seorang penjamin.

Kesemua suspek ditahan pada 28 Ogos lepas di Kompleks B, JPM dan Ibu Pejabat SPRM di sini selepas hadir memberi ketenangan.

Semua suspek masing-masing menjawat Gred 44 hingga Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) B ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 kerana salah guna kuasa.

-- BERNAMA