Apa akan terjadi jika anda melakukan selfie luar kebiasaan? Jawapannya dalam masa tidak sampai sehari semalam, anda akan menjadi terkenal!

Itulah yang terjadi kepada seorang pelajar jurusan fotografi Universiti Teknologi MARA, Mohd Hasrul. Dia yang mengambil gambar selfie ketika naik ke atas pentas untuk mengambil skrol, menjadi mangsa usikan dan kritikan di laman sosial gara-gara tindakannya itu.

Ada yang memuji keberanian Hasrul, ada juga yang mengkritik dengan mengatakan tindakan tersebut melanggar protokol majlis.

Pengguna Twitter, mynamehakim menyatakan selfie sebegini sebenarnya sudah lama diamalkan di Barat.


Pendapat yang sama diluahkan Ai Syusuke yang memberitahu tindakan tersebut sebenarnya bukanlah sesuatu yang luar biasa.

Saifulzamir pula berkongsi rasa ketika menaiki pentas konvo dengan mengatakan dia lebih memikirkan langkah yang diambil.

Tindakan Harul juga nampaknya telah memberi inspirasi kepada bakal graduan lain.