Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Seludup 165 ekor kambing dalam sebuah lori, dua lelaki ditahan

Seludup 165 ekor kambing dalam sebuah lori, dua lelaki ditahan
Kambing-kambing yang disembunyikan oleh penyeludup dalam sebuah lori untuk dibawa ke negeri Selangor. - Gambar Astro AWANI
TUMPAT: Helah penyeludup menyembunyikan 165 ekor kambing Boer dalam sebuah lori berjaya dihidu oleh pihak berkuasa anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) di sebuah stesen minyak di Chabang Empat, di sini, petang Khamis.

Menurut Pegawai Pemerintah PGA7, Superintendan Azhari Nusi, kambing-kambing yang dirampas itu dianggarkan bernilai RM192,000 dan dipercayai untuk pasaran di negeri Selangor.
Beliau berkata, dua lelaki turut ditahan kerana disyaki menyeludup kambing berkenaan yang dibawa masuk menerusi sebuah pusat transit haram di Pengkalan Kubor.

"Rampasan dilakukan ketika anggota melakukan rondaan sebelum ternampak sebuah lori dalam keadaan mencurigakan di stesen minyak di Chabang Empat.
"Anggota saya memperkenalkan diri, sebelum meminta dokumen pengenalan diri (suspek) dan permit berkaitan, namun didapati meragukan dan dipercayai digunakan untuk perjalanan yang tidak sah," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Beliau berkata, kambing-kambing yang dibawa masuk dalam kuantiti sedikit demi sedikit sebelum itu ditempatkan di kandang di Kampung Kubang Panjang sebelum dibawa ke destinasi yang ditetapkan.

"Semua rampasan terbabit diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan dan dua tahanan di bawa ke Balai Polis Chabang Empat untuk tindakan lanjut.

“Kesemua nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM272,000 termasuk kenderaan dan dua individu itu boleh ditahan atas kesalahan mengikut Sub Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 36(7) akta yang sama dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih dari RM15,000,” katanya lagi.


Tag: kambing Boer, seludup, Chabang Empat, Batalion 7 Pasukan Gerakan Am, Kelantan



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.