Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Semak Fakta: Astro AWANI nafi siar berita 'motosikal kuasa besar dibenar berkonvoi'

Semak Fakta: Astro AWANI nafi siar berita 'motosikal kuasa besar dibenar berkonvoi'
Pihak Astro AWANI meminta agar semua pihak tidak terpedaya dengan penyebaran berita palsu dan pastikan anda mendapatkan berita melalui sumber yang sah.
KUALA LUMPUR: Merujuk kepada satu tangkapan skrin yang tular di media sosial, Astro AWANI tidak pernah menyiarkan kenyataan bahawa 'motosikal berkuasa besar melebihi 500cc dibenarkan membuat konvoi', bagi merujuk kepada kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 4.

Penafian ini dibuat selepas penyebaran gambar tersebut, oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, telah mencetuskan kekeliruan orang ramai.
Dalam imej tersebut, tertera teks rerayap yang sengaja diubah suai, bertulis: "PKP Fasa 4: Motorsikal kuasa besar melebihi 500cc dibenarkan membuat konvoi. Kelonggaran ini hanya untuk kategori easyrider sahaja."

Teks yang disunting itu disebar bersama imej yang diambil daripada sidang media Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri yang disiarkan secara langsung pada Rabu.
Oleh itu, pihak Astro AWANI meminta orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan penyebaran berita palsu dan menyeru supaya mendapatkan berita melalui saluran dan sumber yang sah.

Gambar yang tersebar di media sosial


Tag: Semak Fakta, Berita Palsu, Penafian



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.