Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Semak Fakta: Berita perkhidmatan klinikal HRPZII Kota Bharu lumpuh tidak benar

Semak Fakta: Berita perkhidmatan klinikal HRPZII Kota Bharu lumpuh tidak benar
Berita kematian pakar ICU HRPZII yang dikatakan mendapat jangkitan COVID -19 yang ditularkan juga adalah palsu.
KUALA LUMPUR: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan menyatakan bahawa berita mengenai perkhidmatan klinikal Jabatan Anestesiologi Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Kota Bharu lumpuh dan diisytiharkan red flag adalah palsu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Husin dalam kenyataan pada Ahad memberitahu, perkhidmatan klinikal di bawah Jabatan Anestesiologi masih berjalan selaras dengan arahan KKM dan kawalan pergerakan oleh Kerajaan Malaysia bagi membendung penularan jaringan transmisi COVID-19.
"Keutamaan perkhidmatan klinikal Jabatan Anestesiologi ditumpukan kepada perkhidmatan rawatan rapi (ICU) dan pembedahan kecemasan.

"Dalam masa yang sama, pihak HRPZII berkolaborasi bersama pihak Hospital USM Kubang Kerian bagi melicinkan pengurusan klinikal pesakit yang memerlukan," katanya
Beliau turut mengesahkan bahawa berita kematian pakar ICU HRPZII yang dikatakan mendapat jangkitan COVID -19 seperti yang ditularkan adalah palsu.

"Semua pakar dan pegawai perubatan Jabatan Anestesiologi yang merawat pesakit COVID-19 di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu telah dibekalkan dengan alatan PPE termasuk PAPR yang baharu dan berfungsi.

"Mereka juga telah mendapat latihan penggunaan PPE dan PAPR secukupnya," katanya lagi.


Tag: Semak Fakta, SemakFakta, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.