Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) mengesahkan laman web semakan online.com yang tular di media sosial bukan milik KWSP atau mana-mana agensi kerajaan.

Menurut Ketua Pegawai KWSP, Tunku Alizakri Alias, proses pendaftaran akan bermula pada 1 April ini melalui kaedah e-mel dan juga pos.

"Pendaftaran secara dalam talian, ahli KWSP boleh melakukannya bermula 1 Mei 2020.

“Ahli KWSP akan menerima bayaran ke akaun bank masing-masing bermula Mei ini. Butiran terperinci mengenai kaedah ini akan diuar-uarkan sebelum 31 Mac," katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai sebuah laman web yang membolehkan pendaftaran bagi orang ramai untuk menguruskan proses pengeluaran wang di akaun dua KWSP melalui program yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin.

Untuk email pendaftaran: [email protected]

Alamat KWSP: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, P.O Box No. 2, Jalan Sultan, 46670 Petaling Jaya, Selangor

Untuk maklumat lanjut. Layari laman web: www.epf.gov.my

Untuk pertanyaan boleh email: [email protected]