Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan terlibat dalam memberi sebarang pengiktirafan atau kelulusan terhadap Majlis Ulama Rohingya.

Menerusi kenyataan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) pada Isnin, Jakim berkata kuasa mengiktiraf atau melulus NGO terletak di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

“Berikutan pertanyaan awam terhadap surat tular daripada Majlis Ulama Rohingya yang tertera nombor rujukan fail Jakim pada kepala surat tersebut. Jakim dengan ini menafikan terlibat dalam memberi sebarang pengiktirafan terhadap pertubuhan tersebut.

"Malah pihak kami sama sekali tidak terlibat dalam kelulusan pendaftaran NGO kerana kuasa tersebut terletak di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) seperti termaktub dalam Akta Pertubuhan 1966,” katanya.

BACA: Etnik Rohingya : Apa isunya?

BACA: Minta maaf Malaysia, Zafar Ahmed bukan pemimpin kami - Komuniti Rohingya


Dalam pada itu, kenyataan itu turut menyebut, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan Ketua Pengarah Kesihatan pernah mengeluarkan tentang 15 perkara penting yang perlu dilakukan oleh seluruh rakyat Malaysia kerana ancaman COVID-19 ini tidak akan berakhir.

Sumber Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia