awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RM34 juta wang "scam" diselamatkan, RM6.7 juta dipulangkan kepada mangsa - Saifuddin Nasution
KKM pantau rapi, sah maklumat dengan saluran rasmi situasi virus Nipah di India
Gempa bumi sederhana landa Yogyakarta tengah hari tadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semak Fakta: JAWHAR nafi keluar kenyataan 'Kadar Zakat Fitrah 1441H'

Najmi Syahiran Mamat
Najmi Syahiran Mamat
28/04/2020
13:36 MYT
Semak Fakta: JAWHAR nafi keluar kenyataan 'Kadar Zakat Fitrah 1441H'
JAWHAR: Orang awam perlu merujuk laman web rasmi untuk mendapatkan maklumat yang sahih bagi mengelakkan kekeliruan. - Gambar Instagram @kkmm_gov
Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) menafikan telah mengeluarkan kenyataan berhubung ‘Kadar Zakat Fitrah 1441H/2020M’ yang mengandungi kaedah pembayaran yang tidak tepat bagi sebahagian negeri di Malaysia.
Sehubungan itu, JAWHAR berkata orang awam perlu merujuk laman web rasmi untuk mendapatkan maklumat yang sahih bagi mengelakkan kekeliruan.
“Para pembayar zakat diingatkan supaya sentiasa merujuk laman web www.jawhar.gov.my untuk pautan sahih dan disahkan oleh pihak Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ),” katanya menerusi kenyataan dikeluarkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) pada Selasa.
Dalam pada itu, kenyataan itu turut menyebut, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis (JKNPs) menafikan berita seorang warga emas telah meninggal dunia pada 26 April 2020 di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis.
Berita itu, katanya, mendakwa bahawa mangsa meninggal selepas ujian saringan menunjukkan warga emas itu negatif COVID-19.
“Pemilik akaun Facebook yang menyebar berita tersebut yang mendakwa bertugas semasa kejadian berlaku bukan petugas kesihatan di hospital berkenaan,” katanya.
Topic Berkaitan
#Agensi Mengurus Zakat
#bayar zakat
#COVID19
#Hospital
#Kangar
#koronavirus
#Majlis Agama Islam Negeri
#meninggal dunia
#Perlis
#Semak Fakta
#SemakFakta
#warga emas
#zakat fitrah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan