Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Semak fakta: KPM nafi keluar tarikh peperiksaan SPM 2020

Semak fakta: KPM nafi keluar tarikh peperiksaan SPM 2020
KPM tidak mengeluarkan sebarang tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2020. - Gambar Instagram @kkmm_gov
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) menafikan pernah mengeluarkan tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2020.

KPM dalam kenyataan dikeluarkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) pada Khamis berkata, maklumat palsu tersebar mendakwa terdapat beberapa tarikh dan jenis ujian yang akan diadakan pada tarikh tertentu bagi calon SPM.
“KPM tidak pernah mengeluarkan sebarang tarikh peperiksaan yang merangkumi Ujian Lisan SPM pada 8 sehingga 25 Jun, Ujian Setara pada 20 sehingga 31 Julai, Peperiksaan Percubaan SPM pada bulan November 2020 dan Peperiksaan SPM Bertulis pada 1 sehingga 31 Mac 2021,” katanya kenyataan itu.

 
Sumber Facebook KemPendidikan

Dalam pada itu, kenyataan itu turut menyebut, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan mengeluarkan info grafik berhubung Panduan Perkhidmatan, Perniagaan dan Industri Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Info grafik itu turut mendakwa bahawa MKN memberi kebenaran beroperasi kepada kelab-kelab golf pada hari-hari tertentu,” katanya.

Sehubungan itu, MKN meminta orang ramai supaya merujuk maklumat yang sahih dikeluarkan oleh kementerian di aplikasi Telegram rasmi.