awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Satu daripada tiga kematian akibat kecederaan, keganasan di Eropah dikaitkan dengan alkohol
Kotak hitam nahas pesawat yang ragut nyawa jeneral Libya akan dihantar ke Jerman
Lebih banyak tangkapan dalam skandal pertaruhan bola sepak di Turkiye - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semak kesahihan laman web sebelum jadikan sumber rujukan

Bernama
Bernama
03/08/2019
14:42 MYT
Semak kesahihan laman web sebelum jadikan sumber rujukan
Datuk Suriani Ahmad (kiri) tertarik melihat gambar sekumpulan kanak-kanak berpakaian Jalur Gemilang ketika melawat gerai Bernama pada Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019 di Dataran Pahlawan. - Foto BERNAMA
Orang ramai dinasihatkan agar membuat semakan terlebih dahulu mengenai kesahihan maklumat di sesebuah laman web berkaitan dengan kerajaan dan agensi di bawahnya sebelum menjadikannya sebagai sumber rujukan.
Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk Suriani Ahmad berkata mana-mana pihak yang menemui laman web palsu kerajaan dan agensi di bawahnya, diminta segera melaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
"Pengguna laman sesawang juga boleh merujuk portal sebenarnya.my sekiranya mereka ragu-ragu dengan laman web milik kerajaan, kerana portal itu dibangunkan bagi menangani masalah penularan berita palsu di negara ini.
"Saya juga mohon kepada semua rakyat Malaysia, sekiranya mengesyaki sesuatu maklumat yang dipamerkan di laman web itu palsu, pergilah ke portal sebenarnya.my," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas membuat lawatan ke ruang petak Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di tapak pameran pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019 di sini hari ini. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Bernama, Nurini Kassim.
Semalam, Bernama melaporkan wujud satu laman web palsu yang kelihatan menyerupai laman web rasmi agensi berita nasional itu.
Bernama menegaskan bahawa laman web itu bukan miliknya, dan laman web itu dipercayai diwujudkan bagi tujuan mengelirukan orang ramai.
Portal sebenarnya.my yang dibangunkan SKMM sejak 2017, merupakan antara usaha kerajaan untuk mengekang penyebaran berita palsu bagi memastikan masyarakat menerima berita yang benar-benar sahih.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Komunikasi dan Multimedia
#kesahihan maklumat
#KKMM
#Laman web
#Sebenarnya my
#SKMM
#sumber rujukan
#Suriani Ahmad
#Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan