awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semakin naik harga rokok, semakin banyak masalah - Pakar cukai

Shafizan Johari
Shafizan Johari
23/10/2017
12:54 MYT
Semakin naik harga rokok, semakin banyak masalah - Pakar cukai
Kajian Persekutuan Pengilang Tembakau Malaysia (CMTM) pada 2015 mendapati setiap dua kotak rokok yang dijual, satu ialah rokok seludup. - Gambar fail
Tindakan menaikkan harga rokok dilihat tidak akan mengurangkan jumlah perokok kerana mereka akan memilih rokok seludup yang jauh lebih murah.
Lebih memeritkan adalah negara akan hilang lebih banyak hasil cukai jika kerajaan memutuskan untuk menaikkan duti import rokok kerana lebih ramai perokok akan beralih kepada rokok seludup.
Presiden Persatuan Akauantan Percukaian Malaysia Abdul Aziz Abu Bakar khuatir penyeludupan rokok akan lebih berleluasa sementara kerajaan juga semakin rugi.
“Pada saya lebih baik jika hasil cukai yang diperoleh menerusi rokok ini digunakan untuk menambah baik usaha pencegahan,” jelasnya kepada Astro AWANI.
Negara hilang RM4 bilion akibat penyeludupan rokok pada 2015. Angka berkenaan bersamaan 10 peratus daripada GST yang dikutip pada tahun lalu.
Sebelum ini bekas Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim menerusi artikel yang diterbitkan oleh sebuah akhbar tempatan baru-baru ini memberi amaran, kenaikan harga rokok akan meningkatkan permintaan rokok seludup dan akhirnya menyebabkan kerajaan hilang pendapatan cukai.
Malah, beliau turut menyatakan aktiviti penyeludupan rokok ini sukar dikawal memandangkan kawalan sempadan Malaysia yang masih longgar.
Kenyataan beliau adalah selari dengan dapatan kajian Persekutuan Pengilang Tembakau Malaysia (CMTM) pada 2015 yang mendapati setiap dua kotak rokok yang dijual, satu ialah rokok seludup.
Isu ini berbangkit susulan kenyataan Setiausaha Agung MBM, Ahmad Saparudin Yusuf yang mencadangkan harga rokok dinaikkan sehingga RM50 sekotak bagi membendung gejala dadah kalangan remaja dan belia.
Topic Berkaitan
#AADK
#bajet
#Belia
#cukai
#Dadah
#ekonomi
#EPU
#GST
#import
#kerajaan
#ketagih
#Pemadam
#pencegahan
#remaja
#rokok
#seludup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan