Kemiskinan, urbanisasi, perubahan iklim dan pilihan makanan yang tidak sihat adalah faktor yang menyebabkan sejumlah besar kanak-kanak di seluruh dunia, termasuk di Malaysia, mengalami kesan akibat pemakanan tidak berzat yang mengancam kelangsungan hidup, pertumbuhan dan pembangunan mereka.
Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) melaporkan bahawa, sekurang-kurangnya satu pertiga daripada kanak-kanak di bawah lima tahun, atau lebih dari 200 juta, mengalami kekurangan zat pemakanan, terbantut, atau berat badan berlebihan - sementara dua pertiga antara enam bulan hingga dua tahun tidak mendapat makanan yang membantu pertumbuhan mereka .
Laporan UNICEF bertajuk "State of the World's Children 2019: Children, Food and Nutrition" menyatakan bahawa di Malaysia, 20.7 peratus daripada kanak-kanak di bawah lima tahun menghadapi masalah terbantut dan 11.5 peratus mengalami penyusutan badan, dan 12.7 per kanak-kanak (5 hingga 19 tahun) adalah obes.
Secara keseluruhannya, kira-kira 149 juta kanak-kanak terbantut, atau terlalu pendek untuk umur mereka, 50 juta mengalami susut badan, atau terlalu kurus untuk usia mereka, 40 juta berat badan berlebihan, dan 340 juta lebih mengalami kekurangan vitamin dan nutrien penting.
Corak ini, menurut laporan itu, akan meletakkan kanak-kanak terdedah kepada risiko perkembangan otak yang lemah, pembelajaran yang lembab, imuniti rendah, peningkatan jangkitan, dan dalam senario terburuk menyebabkan kematian.
Laporan itu menyatakan, walaupun di negara-negara berpendapatan tinggi seperti United Kingdom, kelaziman berat badan berlebihan adalah lebih daripada dua kali lebih tinggi di kawasan paling miskin berbanding di kawasan terkaya.
Realiti ini lebih kompleks di kawasan-kawasan bandar yang miskin apabila kadar kekurangan zat makanan cenderung lebih tinggi daripada purata negara, kata laporan itu.
Berjuta-juta kanak-kanak hidup dalam diet yang tidak sihat kerana hanya tidak mempunyai pilihan yang lebih baik. Cara kita memahami dan menangani keperluan kekurangan zat makanan perlu berubah, Itulah cabaran bersama kita hari ini, " kata pengarah eksekutif UNICEF, Henrietta Fore dalam laporan itu.
Beliau berkata di sebelik kemajuan teknologi, kebudayaan dan sosial dalam beberapa dekad yang lalu, negara-negara telah terlepas [pandang kepada fakta yang paling mendasar, iaitu: "jika kanak-kanak tidak mengambil makanan yang berzat, mereka hidup dalam keadaan yang perit."
Laporan itu juga menyatakan bahawa bencana berkaitan iklim telah menyebabkan krisis makanan yang teruk, dengan kemarau contohnya bertanggungjawab terhadap 80 peratus kerosakan dan kerugian hasil pertanian.
Untuk menangani masalah itu, UNICEF segera merayu kepada kerajaan, sektor swasta, penderma, ibu bapa, keluarga dan perniagaan untuk membantu kanak-kanak bagi pertumbuhan yang sihat dengan memberi kuasa kepada keluarga untuk menuntut makanan berkhasiat dan memacu pembekal makanan untuk memberi insentif bagi penyediaan makanan yang sihat dan mampu diperoleh.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 15 2019
UNICEF melaporkan bahawa, sekurang-kurangnya satu pertiga daripada kanak-kanak di bawah lima tahun, atau lebih dari 200 juta, mengalami kekurangan zat pemakanan, terbantut, atau berat badan berlebihan. - Sumber foto: UNICEF
Keadaan Faisal kritikal, tangan kiri sukar bergerak
KEADAAN pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim dilaporkan berada dalam keadaan kritikal susulan kesan asid yang disimbah kepadanya dalam kejadian di sebuah pusat beli belah di Petaling Jaya.
Perlawanan Piala Sumbangsih kekal berlangsung
Perlawanan Sumbangsih musim 2024/2025 bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah antara juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri di Johor akan kekal berlangsung Jumaat ini.
Isu tanah kubur Selat Klang: Waris, ahli keluarga mohon tangguh lagi
Waris dan ahli keluarga mendakwa tiada kata sepakat dicapai pada perjumpaan tertutup bagi membincangkan isu pengalihan tanah kubur di Selat Klang pada Ahad lalu.
[TERKINI] Seorang lagi suspek kes simbah asid Faisal Halim ditahan
Seorang lagi individu ditahan dipercayai mempunyai kaitan melibatkan kes simbah asid terhadap pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim di sebuah pasar raya dekat Kota Damansara, Ahad lalu.
Pantau Belanjawan: Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS)
NASA berjaya hantar isyarat komunikasi laser sejauh 226 juta km
Kali ini data daripada kapal angkasa Psyche yang membawa DSOC bajua
Hail Amir penyanyi yang tidak melupakan komposernya
Allahyarham Datuk Hail Amir atau Abdul Hail Amir disifatkan sebagai penyanyi malas segar yang tidak pernah lupa menyebut nama komposer yang pernah menulis lagu untuknya di pentas.
PRK KKB: Calon PN yakin peratusan keluar undi awal tinggi
Khairul Azhari Saut yakin peratusan keluar mengundi awal akan tinggi melibatkan pegawai dan anggota keselamatan.
Jenazah Hail Amir selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham penyanyi dan pelakon popular era 1970-an, Datuk Hail Amir selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Ukay Perdana pada jam 11 pagi selasa.
Majlis pengebumian itu berjalan lancar yang dihadiri kira-kira 200 ahli keluarga saudara terdekat serta kenalan kepada Allahyarham.
Majlis pengebumian itu berjalan lancar yang dihadiri kira-kira 200 ahli keluarga saudara terdekat serta kenalan kepada Allahyarham.
“Sempat nyanyi Encik Hail jangan marah… dia senyum”- Uji Rashid
Uji Rashid anggap Hail Amir bukan sekadar sahabat, tetapi juga sudah seperti abang sendiri.
Semakin ramai kanak-kanak di seluruh dunia hadapi kekurangan zat pemakanan
UNICEF melaporkan, sekurang-kurangnya satu pertiga daripada kanak-kanak di bawah lima tahun, atau lebih dari 200 juta, mengalami malnutrisi.